Wednesday, September 25, 2013

Permohonan online ke Kolej Vokasional dan Sek Men Teknik Tahun 2014

Permohonan ke Kolej Vokasonal (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) secara dalam talian (online) telah dibuka pada 17hb september 2013 sehingga 25 disember 2013 (ahad).

CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:
     i. Atas talian (onlinehttp://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013/ atau melayari laman web : www.moe.gov.my atau;
    ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)

KEMUDAHAN ASRAMA
Kemudahan asrama disediakan di semua  SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.

KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.

SYARAT MEMOHON
1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.
2. Kesihatan
    i. Sihat tubuh badan
  ii. Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.
3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.

Hebahan: Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 (SBP) 2014

Permohonan online boleh dibuat di http://public.moe.gov.my/. Segala pertanyaan sila hubungi Guru Kaunseling anda.


ROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) SBP

  1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Empat (4) melalui laman web KPMhttp://www.moe.gov.my
  2. Murid mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan.
  3. Salinan maklumat permohonan diserahkan kepada Pengetua sekolah asal masing-masing.

SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) SBP

  1. Warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
  3. Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
    • Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa Jepun/Bahasa Perancis/Bahasa Jerman/Bahasa Mandarin).
    • Mesti memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
    • Memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain.
  4. Aktif dalam kokurikulum.

KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)

  1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari setelah keputusan PMR diumumkan.
  2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
    • Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
    • Kaunter BPSBPSK
    • Talian hotline BPSBPSK
    • Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
  3. Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
  4. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
    • Warganegara Malaysia.
    • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
    • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
    • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.


Tuesday, September 10, 2013

Berbohong

Apa itu Pembohongan?


Kenapa suka berbohong?
1. Untuk mengelakkan diri dari masalah
2. Mengelak dari dihukum
3. Mengelakkan diri dari berasa malu
4. Bertujuan memastikan rakan mendapat masalah
5. Untuk melindungi rakan dari ditimpa masalah/kesulitan
6. Memastikan diri kelihatan menarik pada mata orang lain
7. Untuk melindungi privasi diri cth: "Apa yang kamu buat di rumah?" "tak ada apa"
8. Supaya diri berasa selamat
9. Mengelakkan orang lain berasa kecil hati
10. Sengaja berbohong untuk bermain-main dan rasa seronok

TIDAK BAIK berbohong..
1. Untuk lari dari masalah (seperti mengatakan anda tidak melakukan sesuatu yang anda lakukan).
2. Untuk mengganggu atau mengusik seseorang (seperti berkata dusta tentang seseorang atau menyebarkan khabar angin).
3. Berpura-pura anda telah mendapat kebenaran untuk melakukan sesuatu tetapi sebenarnya anda tidak perolehinya (seperti berkata, "Ibu kata saya boleh pergi ke pusat membeli-belah selepas sekolah," )
4. Untuk menyembunyikan BARANG yang dimiliki oleh orang lain dan berpura-pura anda tidak tahu di mana ia (ini bukan 'hanya gurauan;' ia adalah sesuatu tidak baik).
5. Untuk berbohong mengenai rakan atau orang lain (mengatakan bahawa orang lain telah memberitahu anda mengenai sesuatu dan ia tidak benar).
6. Untuk menyalahkan orang lain kerana sesuatu yang anda telah lakukan (agar mereka dalam kesusahan dan mengelakkan kamu daripada ksesusahan itu).
7. Untuk menjadi tamak dan tidak mahu berkongsi (seperti mengatakan anda tidak punya apa-apa untuk dikongsikan, sedangkan orang lain berkongsi barang mereka dengan anda).
8.Untuk menipu seseorang (atau menipu dalam ujian).


Kadang-kadang, situasi membenarkan kamu untuk menipu... contohnya

1. Melindungi diri anda supaya selamat (seperti berkata, "Ibu sedang tidur dan ayah dalam perjalanan pulang" apabila orang yang tidak dikenali diluar pintu rumah dan bertanya jika ibu anda ada dan sedangkan anda seorang sahaja di rumah).
2. Menggunakan adab yang baik ("terima kasih, tetapi saya tidak boleh makan satu lagi" - supaya tuan rumah boleh merasa kuih terakhir).
3.Supaya anda tidak menyakiti perasaan orang lain ("Terima kasih untuk hadiah yang cantik ini." Walaupun ia bukan apa yang anda benar-benar mahukan).
4. Menjaga rahsia yang 'baik' (seperti berpura-pura bahawa anda tidak tahu apa yang ayah telah beli untuk hari ibu).

Adakah dengan berkata "tiada apa-apa" / berdiam diri sama seperti berbohong?
Ramai orang beranggapan, tidak berkata apa-apa, umpama pembohongan yang jahat jika

1. Seseorang mungkin cedera kerana anda tidak bercakap apa-apa (dibuli, didera)
2. Seseorang mungkin menghadapi masalah kerana anda tidak bercakap apa-apa
3. Seseorang dalam bahaya keranan anda tidak bercakap apa-apa(contoh apabila mereka melakukan sesuatu yang membahayakan diri seperti mencuri, mengambil dadah, membunuh diri, mencederakan orang lain)
4. Seseorang telah melakukan perkara yang jijik tetapi menyuruh anda merahsiakannya dan anda bersetuju.


Ibu bapa dan guru mempunyai tanggungjawab keapda anda dan mereka prihatin pada anda. Mereka perlu tahu bahawa anda dalam keadaan selamat dan pandai menjaga diri. Anda perlu bersikap jujur dan mengaku jika melakukan kesalahan. Terima akibatnya dan belajar dari pengalaman. Anda adalah sebahagian dari keluarga dan sekolah anda dan anda perlu percaya dan saling menyokong antara satu sama lain.

Kadang-kadang, "hanya bergurau" boleh jadi merbahaya. Jika seseorang kerap bergurau, waktu bila anda boleh tahu yang dia serius dan tidak bergurau? Bolehkah anda percaya orang yang selalu berbohong dan bergurau dengan anda?


Wednesday, July 17, 2013

Adakah anda suka ponteng sekolah?

APA ITU PONTENG?
Semua orang ada hari tertentu dimana mereka berasa tidak mahu untuk ke sekolah. Kadang-kadang mereka  berpura-pura sakit, atau ibu bapa membenarkan mereka untuk tidak ke sekolah dan duduk di rumah. Tetapi ada juga segelintir pelajar membuat rancangan sendiri iaitu berjumpa dan berseronok bersama kawan-kawan pada hari sepatutnya mereka berada di sekolah.

Gambar : Sinar Harian

"Ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa alasan munasabah (seperti sakit)."

Sudah tentu jumlah pelajar yang terjebak dengan masalah ponteng tidak lah ramai. Hanya segelintir. Kebanyakkan sekolah mempunyai peraturan yang ketat untuk menghentikan tabiat ponteng dalam kalangan pelajar. Tujuannya bukan untuk menangkap mereka, tetapi kerana hendak memastikan murid tadi dalam keadaan selamat dan mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan dan pembelajaran yang sepatutnya di sekolah.

Sekolah bertanggungjawab memastikan pelajar dalam keadaan baik dan selamat sepanjang waktu persekolahan manakala ibu bapa pula bertanggungjawab menghantar anak ke sekolah sehinggalah umur mereka 17 tahun melainkan pelajar tadi mempunyai kebenaran khas belajar sendiri di rumah. ("home school")


Kenapa pelajar gemar ponteng sekolah?
1 Untuk mendapatkan perhatian ibu bapa, kawan-kawan atau guru
2 Pelajar mungkin dibuli di sekolah
3 Cuba melarikan diri dari masalah di rumah atau di sekolah
4 Pelajar mempunyai masalah pembelajaran dan berasa diri sangat teruk
5 Terpengaruh dengan kawan yang suka ponteng
6 Berasakan kelakuan ponteng sekolah satu sikap yang cool di dihormati orang lain (kerana berasa orang lain tidak berani melakukannya)
7 Ada juga yang dicabar rakan-rakan agar ponteng
8 Berasa marah akan sesuatu perkara
9 Ingin lebih masa berseronok, bermain dan inginkan cuti
10 Pelajar sengaja menimbulkan masalah yang ditujukan kepada sekolah atau ibu bapa

Bagaimana saya boleh membantu rakan saya 
yang gemar ponteng?

Kamu boleh jadi kawan yang baik jika:

1   Kamu beritahu dia bahawa ponteng sekolah adalah sesuatu yang tidak selamat dan boleh menyebabkan dia terjebak dengan masalah lain.(dadah, gangsterisme dan jenayah)
2   Kamu maklumkan kepada guru supaya rakan kamu tadi tidak terus hanyut dan tertinggal pelajaran
3   Kamu tidak turut serta ponteng bersamanya.
4   Kamu beritahu rakan bahawa melarikan diri dari masalah tidak dapat menyelesaikan apa-apa
5   Kamu beri galakan pada rakan supaya beritahu masalah mereka kepada orang yang mereka percaya seperti ibu bapa, keluarga, atau Guru kaunseling di sekolah.
6   Kamu tunjukkan padanya bahawa kamu sayang dan prihatin padanya


Sekolah juga memperuntukkan undang-undang dan peraturan bahawa jika anak tidak dapat hadir ke sekolah, mereka bertanggungjawab memaklumkannya kepada pihak sekolah. Jika sekiranya anak tadi tidak berada di kawasan sekolah seperti yang sepatutnya, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa. Ini bukanlah perbuatan "busy body". Ini merupakan tanggungjawab pihak sekolah untuk memaklumkan ketidakhadiran pelajar ke sekolah kepada ibu bapa penjaga dan memastikan anak tadi dalam keadaan sihat dan selamat. Ia juga merupakan tanggungjawab bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran di sekolah dan punya peluang untuk cemerlang dan berjaya pada masa hadapan.


School, school can be so boring.
Some days I am almost snoring.
So one day I decided to wag
I emptied my schoolbooks out of my bag.
I went to the shops, hanging cool.
And then I saw the Principal.
I tried to hide but he saw me
And called my name before I could flee.
My parents were mad as mad can be.
So don't wag school, don't you see?

By Jesse
One day I wagged school
I got away with it, it was cool
But when I got home I found my parents knew
So I got punishment, through and through
And when I went back to school the next day
My teachers gave me all work, no play
So I'm never going to wag school again,
NO WAY!

By Scott
School is like your very best friend.
It helps you learn from beginning to end.
It was school that taught you to read and write.
You don't have to love it, but school's all right.

By Jessica

Monday, June 17, 2013

Mengapa saya perlu buat kerja sekolah?

Ramai pelajar mengeluh tentang kerja sekolah mereka. Kamu fikir jika berada di sekolah sepanjang masa serta sudah membuat kerja di sekolah, maka kamu tidak perlu buat di rumah.  Kamu fikir, tidak perlu lagi buat kerja selepas waktu persekolahan. Setelah bertungkus lumus di sekolah kamu bolehlah enjoy, relax dan bermain sepuas hati. Apa yang kamu fikir ini adalah salah sama sekali. Ada sebab kenapa kamu perlu membuat kerja sekolah di rumah.


Kelebihan Melakukan Kerja Sekolah

1. Melakukan kerja sekolah, umpama latihan ulangan untuk mahir dan cekap dengan subjek yang diajar di sekolah. Kamu akan bertambah mahir dan lebih memahami pengajaran guru. Kamu juga lebih bersedia untuk mempelajari topik baru keesokan harinya.

2. Melakukan kerja sekolah mengajar kamu membuat sesuatu dengan "sepenuh hati" dan ikhlas. Contoh: Sukarela membuat latihan matematik kerana kamu sedar kepentingannya dalam kehidupan seharian. Subjek matematik mengajar kita untuk mengira baki selepas membeli barangan di pasar raya. Malah kepintaran dalam matematik menyukarkan orang lain menipu kita tentang apa jua bentuk pengiraan.

3. Melakukan kerja sekolah mengajar kamu untuk membuat kerja sendiri tanpa pengawasan guru.  Kamu akan terbiasa dan menjaga rutin kerja harian kamu setiap hari. Dengan ini kamu akan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

4.Melakukan kerja sekolah mengajar kamu  menyusun aktiviti kamu di rumah dengan baik. Jika kamu lewat menyiapkan kerja sekolah, kamu akan teringat-ingat dan ia menganggu aktiviti kamu yang lain kerana terpaksa menyiapkannya kemudian. Kalau kamu lakukan dulu kerja sekolah, kamu dapat tumpukan perhatian dengan senang hati untuk aktiviti lain selepas itu. Jika kamu tidak buat kerja sekolah, kamu akan berasa susah hati. Susah hati kerana kerja sekolah makin bertambah, dimarahi oleh guru serta dicop tidak berdisiplin.

Seandainya kamu tidak ada sedikitpun rasa "susah hati"  ia merupakan satu perasaan yang bahaya. Kerana Kamu sudah termakan dengan ajakan syaitan yang suka kamu bermalas-malasan serta ingkar ajaran gurumu. Kamu tidak akan dapat buat dan faham ilmu yang diajar oleh guru tersebut.




TAHUKAH ANDA?
Apabila kamu dewasa, kamu akan melakukan kerja-kerja yang sama, mungkin di tempat yang sama, serta melakukan perkara/aktiviti yang sama berulang kali, sepanjang hayat?... Kerja itu merupakan kerjaya, dan periuk nasi kamu nanti. Tanpa kerjaya "berulang kali" yang dilakukan ini, kamu tidak dapat membeli makanan, membayar duit rumah, bil api dan eletrik serta pelbagai keperluan lain.

Kedengaran agak membosankan bukan?

Sekarang ini ramai orang bertukar kerja, atau berlakunya perubahan cara kerja. Ramai orang telah pergi ke serata negeri malahan keluar negara kerana pekerjaan mereka. MEREKA ini belajar sepanjang masa! Supaya mereka tahu dan memahami mengenai bidang pekerjaan mereka dengan lebih mendalam lagi. Latihan demi latihan serta pelbagai kursus dilalui untuk menajdi pekerja MAHIR.

Ini bermakna  apabila kamu mula bekerja, kamu tetap kena buat LATIHAN atau HOMEWORK untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam hidup terutama mengenai hal kerjaya. Jika kamu belajar mengurus masa dengan baik daripada sekarang, kamu dapat mengurus diri kamu dengan baik juga apabila kamu memasuki alam dewasa kelak.

Tiada istilah berhenti BELAJAR. KAMU perlu Sentiasa BELAJAR untuk menjadi orang yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.



Thursday, May 23, 2013

"Semua orang suka bergelak ketawa tetapi jika sesetengah orang tidak ketawa kerana perasaan mereka semakin terluka, maka ia tidak lagi kelakar"

Bagaimana rasanya diusik? *usikan/gurauan
Ia sesuatu yang tidak menyeronokkan ke?

Ia boleh membuat kamu sedih, rasa tidak berguna, dan dapat membuat kamu merasa seperti tidak ingin pergi ke sekolah.
Antara perasaan orang yang diusik/dijadikan bahan gurauan:

"Saya merasa sedih dan ingin bergaduh."


"Saya merasa diperlekehkan."
"Saya merasa keseorangan."
"Saya merasa seperti orang yang tidak berguna."
"Saya merasa sangat tertekan ketika kawan dan beberapa orang lain mengusik saya."
"Saya merasa marah ketika orang mengusik saya. Saya rasa mereka tidak sukakan saya."
"Rasanya seperti semua orang gembira mengusik saya dan saya rasa seperti malas datang ke sekolah."
"Kadang-kadang saya menangis ketika saya diusik. Mereka sangat melukakan perasaan saya."

Apakah gurauan sesuatu yang baik? ada tiga jeni usikan/gurauan.

1) Usikan/gurauan yang membuat kamu merasa baik/selesa (seperti kawan2 baik dan kelaurga ketika anda semua sedang berehat atau bersantai)


2) usikan/gurauan yang membuat kamu merasa kurang selesa (mengejek nama panggilan, merendahkan, menakutkan, mengancam dan perilaku membuli)


3) usikan/gurauan yang membuat anda berasa tidak selesa kerana ia adalah campuran dari dua perkara diatas. Kamu tidak terlalu pasti sama ada ia menyeronokkan atau melukakan.


Ingat bahawa ia bukan salah kamu jika orang lain mengusik atau mengganggu kami.Mereka bertanggungjaab atas apa yang mereka lakukan.

Tetapi mungkin ada beberapa perkara yang boleh kamu lakukan untuk membantu mereka melihat gurauan mereka tidak menjadi. Mereka perlu tahu apa perasaan mereka apabila bergurau atau mengusik kamu...




Mereka berfikir bahaa jika mereka mengusik kamu:
Kamu akan kelihatan sedih
Kamu mungkin mengejar mereka
Kamu mungkin marah dan menjerit
Kamu mungkin melawan mereka
Kamu mungkin takut kepada mereka dan melarikan diri

dan mereka fikir dengan mengusik/mengganggu orang lain akan menjadikan mereka kelihatan besar, berkuasa dan penting. Mereka memerlukan bantuan kamu untuk 'belajar meninggalkan' apa yang mereka fikir. Jika hasil uskan/gurauan mereka yang tidak mesra membuat kamu teruk, dan kamu telah mencuba beberapa idea tapi masih berterusan, maka ia adalah perbuatan buli dan IA SERIUS. Maka ia perlu ditangani segera. Jumpalah guru kaunseling anda untuk bimbingan dan bantuan.

Semua orang bergurau dengan rakan-rakan mereka, kelaurga dan orang lain dalam sesuatu majlis keramaian atau semasa santai. Selaluya ia adalah satu perkara yang menyeronokkan apabila ramai orang berkongsi cerita dan bergelak ketawa bersama-sama. Orang mungkin mengusik orang lain mengenai perkara-perkara yang baik. Gurauan menjadi perkara yang kurang menggembirakan apabila semua hasil usikan adalah menuju kepada satu orang, malah orang yang diusik tidak ketawa tetapi merasa TERLUKA.

Rasullullah s.w.t bersabda:

"kasihilah olehmu akan saudaramu seperti mana kamu kasih kepada diri kamu sendiri"

Semak diri masing-masing serta muhasabah diri. :)


Wednesday, May 8, 2013

Tips Menghadapi Masalah

Allah s.w.t tidak beri ujian yang kita tidak mampu untuk tanganinya

Jangan Panik ketika mengadapi masalah
“Don’t be panic”, mungkin anda sering mendengar kata-kata tersebut ketika anda sedang ditimpa masalah. Ya, memang benar. Jangan pernah panik ketika anda sedang ditimpa sebuah masalah. Walaupun anda tidak boleh berfikir secara waras tapi bersikap tenanglah, bersabar dan fikirkan penyelesaian untuk masalah anda tersebut.

Jangan Emosional Ketika Masalah terjadi
Mungkin ini sukar untuk anda lakukan jika anda seorang yang panas baran atau cepat marah. Ketika anda meluapkan emosi anda semasa menghadapi masalah, ini hanya akan menambahkan lagi kecelaruan fikiran.  Bahkan, teman anda sendiri tidak mahu membantu masalah anda kerana sifat baran anda tersebut.

Jangan Tergesa-gesa mengadapi suatu permasalahan
Seseorang yang sedang mengahadapi sebuah masalah biasanya akan bertindak tergesa-gesa. Perkara ini tidak bagus, karena perbuatan yang terggesa-gesa biasanya menggunakan pemikiran yang kurang matang dan malah akan membuat masalah baru muncul.

Berfikir Secara Positif dalam situasi masalah
Ketika anda berfikir secara positif barulah anda mudah menerima sebuah masalah sebagai cubaan atau salah satu cara agar anda lebih dewasa. Dengan berfikir secara positif juga dapat membuat anda berfikir dengan baik untuk mencari penyelesaian.

Berfikir Secara Kreatif dalam mengadapi masalah
Perahlah otak anda sebaik mungkin dengan mencari jalan keluar dari masalah tersebut. Keluarkan idea-idea yang selama ini ada dibenak otak anda yang mungkin dapat membantu anda keluar dari masalah tersebut. Untuk lebih mudah berfikir secara kreatif bermaksud anda harus lebih banyak mencari informasi, lalu olah informasi tersebut sebagai cara/kaedah untuk keluar dari masalah anda.

Bincangkan masalah yang dihadapi
Jika anda sudah tidak dapat menghadapi dan mengatasi masalah anda, yang harus anda lakukan selanjutnya adalah berbincang atau bercerita tentang masalah anda. Pilih orang yang dapat memahami permasalahan anda dan dapat memberikan penyelesaian. Jikapun masalah anda terlalu peribadi, anda dapat menbincangkannya di dunia maya seperti di forum-forum, email, maupun chatting.

Jangan Putus Asa menghadapi masalah
Jika anda mudah putus asa, masalah anda tak akan pernah selesai malah semakin teruk. Ingatlah sebuah pribahasa “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang kemudian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”. Ingatkan dalam hati anda bahawa jika anda dapat mengatasi masalah ini maka anda akan mendapatkan kebahagian melebihi kepayahan sewaktu anda menghadapi masalah berkenaan.

Jangan berjauhan Allah s.w.t
Inilah yang paling penting dari semua perkara diatas. Jika anda selama ini kurang dekat dengan Tuhan, dekatkanlah diri anda dengan diri-Nya. Yang paling penting adalah jangan hanya mendekatkan diri anda dengan Tuhan ketika sedang tertimpa masalah, tapi untuk setiap saat. Hanya Pada Allah s.w.t kita memohon bantuan dan pertolongan. InsyaAllah, anda dapat berfikir dengan tenang dan positif setiap kali anda tertimpa masalah.

Monday, May 6, 2013

Mengekalkan Persahabatan


Bukan mudah membina sebuah persahabatan, tapi senang merobohkannya. Apabila berada di dalam kelas, acapkali kelihatan hubungan yang tidak baik antara seorang dengan seorang yang lain.. mungkin berdua, mungkin bertiga. mungkin juga satu kelas ada masalah dengan seseorang yang lain. 

Mengapa perkara ini berlaku? Bukankah baik jika menggalakkan persahabatan berbanding permusuhan?
Ketahuilah oleh kamu Allah s.w.t benci orang yang suka bermusuhan.

Dari Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda:

"Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"
                                                                             (Riwayat al-bukhari)

Oleh yang demikian, gembirakanlah hati sahabatmu, bukannya membuat dia berasa tidak senang atau marah dengan tingkahlaku kita. Jaga lidah. Lidah umpama pedang. Berhati-hatilah apabila mengucapkan sesuatu kepada sahabat kita agar perasaannya tidak terguris sehingga dia berdoa kepada Allah s.w.t untuk membalasnya. Sesungguhnya Allah  s.w.t mendengar semua doa hambaNya.

Tips ini mungkin berguna untuk kamu amalkan bagi menjaga persahabatan.

1. Berikan sesuatu yang mendamaikan hatinya. Lakukan apa sahaja cara yang dibenarkan Islam untuk menggembirakan emosinya termasuklah membelanja dia makan sesuaikan dengan kemampuan.

2. Lakukan kejutan yang menggembirakan dirinya sehingga dia rasa terharu.

3. Selalu ucapkan terima kasih padanya, jadikan dia berharga, dan penting dalam hidup anda. Panjatkan rasa bersyukur kerana dia hadir dalam hidup anda. 

4. Berkongsi kedukaannya dan kesedihannya, serta berikan semangat padanya, ketika dia sedang berduka.

5. Anggap dia ahli keluarga sendiri, kenali ibu bapanya, adik-beradiknya, dan orang-orang dalam keluarga besarnya.

6. Maafkan kesalahannya yang lalu, doakan kejayaannya selalu, doakan kesejahteraan dirinya selalu, biar beratus kali sehari pun tidak mengapa, bukan sekadar selepas solat sahaja.

Dahulukan doa anda dengan Surah AL-Fatihah, dan diakhiri dengan dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah. Moga cepat dimakbulkan ALlah. S.w.t.


Apa yang kita doakan padanya, itulah yang akan berlaku dalam hidup kita. Apabila kita mendoakan kebahagiaan dan kejayaan untuk saudara kita, umpama mendoakan kejayaan diri kita juga. 

"WHAT U GIVE, U
GET BACK" 
"apa yang anda beri, anda akan dapat kembali"

Monday, April 22, 2013

MOTIVASI BUATKU-- SETIAP HARI


Cita-cita atau tujuan hidup ini hanya boleh diraih jika anda mempunyai motivasi yang kuat dalam diri anda. Tanpa apa-apa motivasi, anda sukar mencapai apa yang anda cita-citakan. Tapi tak dapat dinafikan, memang agak sukar membina motivasi di dalam diri sendiri. Bahkan mungkin anda tidak pasti bagaimana cara membina motivasi di dalam diri sendiri. Sesungguhnya banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menimbulkan motivasi tersebut.
Caranya? Lihat tips berikut ini:

1. Reka sesuatu perkara yang membangkitkan semangat
Ciptakan sesuatu yang dapat "membangunkan" dan membangkitkan semangat anda saat pagi menjelang. Misalnya, anda terbayang-bayang bahawa esok anda memperolehi A dalam subjek matematik. Walau kedengarannya mustahil kerana anda sering mendapat c, tapi sensasi ini boleh memacu semangat anda untuk berkerja lebih baik lagi berbanding apa yang sudah anda lakukan semalam.

2. Luaskan matlamat hidup anda
Jangan pernah selesa dengan hidup yang adae. Hidup yang terlalu selesa membuat anda tidak mempunyai kelebihan/kekuatan lagi. Sebenarnya untuk meraih sesuatu anda memerlukan cabaran yang lebih besar, untuk melahirkan/menunjukkan kekuatan sebenar anda. Tujuan hidup yang besar akan membangkitkan motivasi dan kelebihan tersendiri dalam hidup anda. Sebagai contoh

"Cukuplah dapat C dalam matematik... janji aku lulus".

Sebaliknya fikirkan lebih. "Aku akan dapat A dalam matematik. Tengoklah nanti"..
Mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi hasilnya juga tinggi.

3. Fikirkan masa cepat berlalu, jika anda mati nanti apa yang tinggal
Anda perlu memikirkan saat kematian yang bila-bila saja boleh menjengah. Membayangkan saat-saat terakhir dalam hidup dapat memberi keinsafan dan kekuatan. Anda membayangkan 'flash back' dalam kehidupan anda. Sejak anda menjalani masa kanak-kanak, remaja, hinggalah ketika anda dewasa. Jika anda membayangkan 'ajal' anda sudah dekat, ia akan memotivasikan anda untuk berusaha lebih banyak lagi selagi bernafas.

4. Tinggalkan kawan-kawan yang tidak perlu
Jangan ragu untuk meninggalkan teman-teman yang tidak dapat mendorong anda mencapai matlamat hidup. Sebab, siapapun teman anda, seharusnya mampu membawa anda pada perubahan yang lebih baik. Ketahuilah bergaul dengan orang-orang yang positif akan membuat anda berfikir positif juga. Bersama mereka ini hidup terasa lebih menyenangkan dan penuh motivasi.

5. Dekati bayangan kebimbangan, ketakutan
Saat anda dibayangi kebimbangan dan ketakutan, jangan melarikan diri dari bayangan itu. Misalnya selama ini anda takut akan menghadapi masa depan yang buruk. Datang dan nikmati rasa takut anda dengan cuba mengatasinya. Saat anda berjaya mengatasi rasa takut, saat itu anda telah berjaya meningkatkan keyakinan diri bahawa anda mampu mencapai hidup yang lebih baik.

6. Ucapkan "selamat datang" pada setiap masalah
Jalan untuk mencapai tujuan tidak selamanya selurus dan semudah jalan tol. Suatu saat anda akan menghadapi jalan yang sukar, berliku-liku dan penuh dengan batu. Jangan tukar arah untuk mengambil jalan pintas. Hadapi terus jalan tersebut dan fikirkan cara terbaik agar boleh melaluinya. Jika anda memandang masalah sebagai sesuatu yang mengerikan, anda akan semakin sukar mendapat bermotivasi. Sebaliknya bila anda selalu bersedia menghadapi setiap masalah, anda seakan mempunyai tenaga dan semangat untuk mencapai tujuan anda.

7. Mulakan dengan hati yang ikhlas dan tenang
Jangan pernah merasa terbeban dengan tujuan hidup anda. Nikmati hidup dan jalan yang anda tempuh semuanya. Jika sejak awal anda sudah merasa 'tidak suka' rasanya motivasi hidup tidak akan pernah anda miliki.

8. Berusaha dengan bersungguh-sungguh
Tidak boleh tidak, anda harus berusaha bila ingin mendapatkan hasil yang terbaik. Pada dasarnya tidak ada yang tidak dapat anda raih jika anda terus berusaha kuat. Semakin giat berusahasemakin mudah pula anda mengatasi setiap kesulitan.

Kesimpulan:
Motivasi dapat meningkatkan semangat dalam mencapai tujuan. Motivasi yang kuat di dalam diri, barulah kita mempunyai sifat penghargaan yang tinggi terhadap diri dan hidup ini. Kita tidak lagi ragu-ragu untuk melangkah ke depan, iaitu mencapai visi hidup kita.

Salam Berjaya!

Monday, April 15, 2013

Tips Mudah Kekalkan M0tivasi

                                                        *Klik Gambar untuk paparan jelas

Friday, April 12, 2013

oh Motivasi..saya perlukan motivasi!!

Seringkali saya mendengar komen seperti ini   " tolong saya cikgu! Saya tidak ada motivasi untuk _______"

Saya ada jawapan kepada persoalan ini tetapi mungkin anda tidak mahu dengar. Motivasi itu sudah tersedia, tetapi motivasi hanya datang jika anda benar-benar mahu buat atau perlu untuk buat. Jika anda mahu mencari motivasi dari sumber lain selain diri anda maksudnya anda tidak betul-betul mahu lakukan perkara itu. Sebagai contoh motivasi untuk belajar.

Anda mahukan motivasi untuk belajar, lalu anda pun bergantung kepada rakan untuk mengingatkan anda tentang kerja sekolah dan ulangkaji. Tidak pernah sekali pun anda sendiri mahu mengulangkaji sendiri atau pun mengajak rakan mengulangkaji bersama. Motivasi seperti ini tidak akan kekal atau sukar untuk kekal dengan diri anda. Kerana jika rakan anda tiada, anda tidak boleh melakukannya sendiri.

Anda mencari motivasi untuk melakukan kerja sekolah dengan menonton televisyen atau berbual dengan rakan. Adakah setiap kali anda perlukan motivasi anda akan berbuat demikian? anda silap kerana motivasi begini tidak akan membantu anda. Mencari motivasi untuk sesuatu perkara yang anda tidak mahu lakukan adalah membuang masa. Tanya diri anda. Anda mahu buat atau tidak?

Apabila anda meminta semangat/ motivasi untuk membantu anda (contoh: dalam menaikkan semangat anda untuk belajar), anda hanya berpura-pura. Anda sebenarnya tidak sungguh-sungguh mahu belajar.

"Saya tidak ada motivasi untuk berlatih bermain gitar".
------Itu kerana anda tidak mahu bermain gitar. Berhenti berpura-pura.

"Saya tidak dapat mencari motivasi untuk mengurangkan berat badan".
------Itu mungkin kerana anda seorang pemalas, yang sangat malas untuk bersenam.

"Saya tidak ada semangat untuk bangun awal".
------Itu kerana anda tidak berasa ada faedah/keuntungan bila bangun. Anda memang tak mahu bangun.

Jadi bagaimana mahu mencari semangat anda,



--Jangan Pernah Mengalah! Orang yang putus asa selalu kalah, Orang yang berjaya tidak pernah putus asa.

Anda mesti suka, rela dan gembira dengan apa yang anda lakukan baru anda boleh berjaya.

Bila anda mula bersemangat melakukan sesuatu yang anda ingin lakukan, anda pasti tidak akan berhenti...

InsyaAllah anda pasti berjaya.








Wednesday, April 10, 2013

Sia-siakah menjadi individu yang suka berbuat baik?

KISAH BENAR: WANITA DAN ROTI BERACUN


Sebuku Roti dibakar seorang wanita untuk ahli-ahli keluarganya. Dia menyimpan roti tambahan berhampiran tingkap, Setiap hari, si bongkok akan datang dan mengambil roti itu.

Sebagai tanda terima kasih, dia mengucapkan perkataan berikut: "Kejahatan yang kamu lakukan akan kekal dengan anda: Perkara baik yang anda lakukan, akan datang kembali kepada anda".

Situasi ini berterusan, hari demi hari. Setiap hari, si bongkok tetap ambil rotinya itu dan mengucapkan kata-kata: "Perbuatan yang kamu lakukan akan kekal dengan anda: Perkara baik yang anda lakukan, akan datang kembali kepada anda".




Wanita itu mula berasa menyampah. "Tidak ada langsung ucapan terima kasih," katanya kepada dirinya sendiri.
"Setiap hari si bongkok melafazkan ayat ini! Apa yang dia maksudkan?"

Satu hari, wanita itu berasa geram, dia mengambil keputusan untuk membunuh si bongkok.
"Aku akan bunuh si bongkok!!" katanya.
Dan apa yang wanita itu  lakukan? Wanita itu mahu menambah racun pada adunan rotinya untuk si bongkok!

Wanita itu berkira-kira untuk meletakkan roti beracun di ambang tingkap, namun tangannya mengigil.
"Apa yang aku buat ni?" hatinya berbisik, lalu dia melemparkan roti beracun itu ke dalam api, dan roti-roti bersih yang lain diletakkan pada tingkap.



Seperti biasa, si bongkok datang, mencapai roti dan mengucapkan kata-kata: "Kejahatan yang kamu lakukan akan kekal dengan anda: Perkara baik yang anda lakukan, akan datang kembali kepada anda". Si Bongkok meneruskan perjalanan, tanpa menyedari perasaan yang berperang dalam fikiran wanita.

Setiap hari, setiap kali wanita itu meletakkan roti pada ambang tingkap, dia berdoa untuk anaknya yang telah pergi ke tempat yang jauh untuk mencuba nasib. Untuk beberapa bulan, dia tidak mendapat berita mengenai perkembangan anaknnya itu.... Dia berdoa supaya anaknya pulang kembali dengan selamat.

Petang itu, terdapat satu ketukan di pintu. Selepas  pintu dibuka, dia terkejut untuk melihat wajah anaknya di muka  pintu .... kelihatan sungguh kurus dan tidak terurus. Pakaiannya telah koyak dan compang camping. Dia kelihatan sangat lapar dan lemah.

Sambil si anak melihat ibunya, si anak berkata, "Ibu, adalah satu keajaiban saya dapat pulang kembali. Semasa saya berjalan beribu batu jauhnya, saya begitu kelaparan hingga saya jatuh pengsan. Saya fikir saya akan mati, tetapi si bongkok lalu berhampiran saya. saya merayu kepadanya untuk sedikit makanan, dan dia sangat baik hati kerana menyerahkan semua roti miliknya kepada saya. "Ketika dia memberikan roti itu kepada saya, dia berkata," ini adalah apa yang saya makan setiap hari: hari ini, saya akan berikan kepada anda, kerana anda lebih memerlukannya berbanding saya."

Selepas si ibu mendengar kata-kata anaknya itu, mukanya bertukar pucat.
Si ibu terus jatuh terduduk dan bersandar pada pintu untuk sokongan.
 Dia teringat roti beracun yang dia telah buat pada pagi itu.

Kalaulah dia tidak campak roti itu untuk dibakar dalam api, ia akan telah dimakan oleh anak lelakinya sendiri, dan dia akan kehilangan seluruh hidupnya!

Wanita itu kemudiannya menyedari kepentingan kata-kata si bongkok: ""Kejahatan yang kamu lakukan akan kekal dengan anda: Perkara baik yang anda lakukan, akan datang kembali kepada anda". 

Oleh itu --janganlah pernah berhenti berbuat baik, meskipun ianya tidak dibalas pada masa itu. Kerana perbuatan baik dan jahat pasti akan dibalas kemudian tanpa anda menyedarinya.

sumber: http://robert.foo.my/2010/09/good-you-do-comes-back.html

Atasi rasa MALAS belajar


Siapa yang kata?


Masa Depan?? Ditangan anda..


Tuesday, April 9, 2013

Susahnya MATEMATIK!!



Matematik Memerlukan  Pembelajaran Aktif
Belajar matematik, anda perlu terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Hanya menghadiri kelas dan membuat latihan kerja diberi guru tidak akan membantu. Anda perlu memberi perhatian yang tinggi semasa di dalam kelas dan mengambil nota yang menyeluruh. Amalan menyelesaikan masalah matematik anda sendiri adalah satu kemestian, kerana nota dan laithan tertentu tidak diberikan. Berjaya dalam matematik juga memerlukan anda belajar secara teratur, bukan hanya sebelum ujian.


Ramai pelajar percaya belajar matematik melibatkan menghafal satu set formula. Walaupun formula menghafal adalah perlu dalam matematik, anda perlu memahami bagaimana untuk menggunakan formula. Anda perlu berupaya untuk mengenal pasti masalah matematik yang sesuai dengan sesuatu formula. Tidak memahami bagaimana untuk menggunakan formula dan prinsip di sebalik ia menjadikan anda sukar untuk menggunakannya.


Mendengar dengan teliti dalam kelas - Sesetengah guru mungkin tidak menulis segala-galanya di atas papan, dan konsep penting boleh terlepas. Dengar dengan teliti penerangan guru.

Ambil Nota lengkap - Tulis seberapa banyak yang anda boleh dari papan. Nota yang baik akan membantu anda ingat bagaimana untuk menyelesaikan masalah matematik. Jika anda menghadapi masalah pendengaran ketika mengambil nota yang baik. Pastikan anda meminta bantuan guru atau rakan untuk membantu anda faham dan dapat nota yang diberi.

Soalan - Tanya tentang apa sahaja yang anda tidak faham.

Dengar Soalan rakan anda - Rakan boleh bertanya soalan yang anda tidak berfikir untuk bertanya, maka dengarlah kepada kedua-dua soalan dan jawapannya.

Mengkaji Nota selepas Kelas - Jika anda mendapat soalan yang mengelirukan, tulis soalan untuk ditanyakan semula kepada guru untuk membantu anda memahaminya.

Kerja Kerja Rumah selepas Kelas - Walaupun penerangan di dalam kelas masih segar dalam fikiran anda, cuba buat beberapa soalan matematik. Ini akan membolehkan anda untuk lebih memahami konsep yang dipelajari.

Menggunakan Buku - Jangan lupa untuk menggunakan buku teks anda. Buku teks anda akan mengandungi contoh-contoh yang berbeza atau pendekatan yang berbeza untuk setiap masalah.

Gunakan Kad Index - Tulis formula dan konsep pada kad indeks. Menggunakan kad untuk membantu anda menghafal formula/konsep.

Nota dan buku yang lengkap - Lengkapkan nota dan buku latihan selepas anda menyelesaikan latihan matematik. Ini akan membantu anda membuat persediaan untuk ujian.

Latihan,latihan latihan - Latihan sebanyak mungkin. Adakan lebih banyak masalah matematik yang perlu diselesaikan (tambah latihan sedia ada yang diberikan guru). Ini adalah salah satu tips terbaik belajar matematik.

Buat rujukan dengan kerja/latihan yang diberi oleh guru dan ujian-ujian lepas- Pastikan kerja rumah dan soalan peperiksaan yang lepas ada pada anda. Ia sebagai bahan kajian baik untuk masa depan dan  peperiksaan akhir.

Guru tutor. Menyedari bahawa konsep-konsep dalam matematik masih sangat sukar untuk difahami, dapatkan bantuan dari tutor individu jika anda memerlukannya. Paling penting, anda boleh menggunakan tips belajar matematik dan jangan pernah berputus asa

Semoga Berjaya!




Monday, April 8, 2013

Tips untuk Mendapatkan Tidur Malam Yang Baik



Bagaimana anda rasa semasa waktu bangun, banyak bergantung kepada bagaimana anda tidur. Begitu juga dengan ubat untuk masalah tidur sering boleh didapati dalam rutin harian anda. Jadual tidur, tabiat tidur, dan pilihan gaya hidup sehari-hari boleh memberi perbezaan yang besar kepada kualiti rehat malam anda. Tips berikut akan membantu anda mengoptimumkan tidur anda supaya anda boleh menjadi lebih produktif, mental tajam, emosi seimbang, dan penuh tenaga sepanjang hari.




Tip 1: Pastikan jadual tidur yang tetap

Mendapatkan waktu tidur yang rutin sama dengan waktu jaga-adalah salah satu strategi yang paling penting untuk mencapai tidur yang baik. Jika anda menyimpan jadual tidur yang tetap, tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari, anda akan berasa lebih segar dan bertenaga berbanding jika anda tidur pada waktu  yang sama jam tapi pada hari yang berlainan. Ini adalah benar walaupun anda mengubah jadual tidur anda dengan hanya satu atau dua jam. Ketekalan adalah amat penting.


Tip 2: Mengawal kitaran tidur-jaga anda

Melatonin adalah hormon yang ada secara semulajadi dikawal oleh pendedahan cahaya yang membantu mengawal kitaran tidur-jaga anda. Pengeluaran melatonin dikawal oleh pendedahan cahaya. Otak anda perlu mengeluarkan lebih melatonin pada waktu malam, apabila ia gelap, untuk membuat anda mengantuk. Jumlah melatonin perlu dikurangkan pada siang hari dan apabila anda mahu kekal sedar dan berjaga-jaga. Walau bagaimanapun, banyak aspek kehidupan moden boleh mengganggu pengeluaran semula jadi badan (melatonin). Menghabiskan masa yang panjang di pejabat jauh daripada cahaya semula jadi, misalnya, boleh memberi kesan jaga dan bertenaga di siang hari dan membuat otak anda mengantuk. Kemudian lampu terang pada waktu malam terutamanya dari jam atau di hadapan TV atau komputer skrin boleh menyekat pengeluaran melatonin dan membuat anda lebih sukar untuk tidur. Walau bagaimanapun, terdapat cara untuk secara semula jadi mengawal kitaran tidur-jaga anda, meningkatkan pengeluaran melatonin, dan menjaga otak anda mengikut jadual yang sihat.



 Tip 3: Pastikan rutin tidur anda menenangkan. Jika anda membuat usaha yang konsisten untuk berehat dan menenangkan fikiran sebelum tidur, anda akan tidur lebih mudah dan lebih mendalam. Satu rutin tidur aman menghantar isyarat yang kuat kepada otak anda bahawa ia adalah masa untuk bersantai dan melepaskan tekanan hari itu. 
a) Pastikan bunyi-bunyi  berkurangan. Jika anda tidak boleh mengelakkan atau menghapuskan bunyi dari anjing menyalak, jiran-jiran yang bercakap kuat, keadaan lalu lintas, atau orang lain di dalam rumah anda, cuba pelekat, rakaman bunyi menenangkan, atau hingar putih. Penyumbat telinga juga boleh membantu.
b) Pastikan bilik anda sejuk. Suhu bilik tidur anda juga memberi kesan tidur. Kebanyakan orang tidur terbaik di dalam bilik sedikit sejuk (sekitar 65 ° F atau 18 ° C) dengan ventilasi mencukupi. Satu bilik tidur yang terlalu panas atau terlalu sejuk boleh mengganggu tidur yang berkualiti.c) Pastikan katil anda selesa. Anda perlu mempunyai ruang yang cukup untuk merasai keselesaan. Jika anda sering bangun dengan sakit belakang atau sakit leher, anda mungkin perlu untuk melabur dengan tilam baru atau cuba bantal yang berbeza. Eksperimen dengan pelbagai peringkat ketebal tilam, sarung atau alas, dan bantal yang akan memberikan sokongan yang lebih atau kurang.
a) Menjauhkan diri dari makanan berat pada waktu malam. Cuba untuk makan awal pada waktu malam, dan elakkan makanan berat, dalam masa dua jam sebelum tidur. Makanan berlemak akan membuatkan perut anda bekerja lebih untuk mencerna dan boleh membuat anda berjaga. Juga berhati-hati dengan makanan yang pedas atau berasid pada waktu malam, kerana ia boleh menyebabkan masalah perut dan pedih ulu hati.

Tip 4: Pemakanan Sihat  dan mendapatkan senaman
Makanan waktu siang anda dan tabiat senaman memainkan peranan dalam bagaimana anda tidur. Ia adalah sangat penting untuk melihat apa yang anda masukkan ke dalam badan anda pada waktu siang yang membawa kepada waktu tidur berkualiti anda.


b) Kurangkan kafein. Anda mungkin akan terkejut bila mengetahui bahawa kafein boleh menyebabkan masalah tidur sehingga sepuluh hingga dua belas jam selepas anda minum! Pertimbangkan untuk mengelakkan kafein selepas makan tengahari atau mengurangkan pengambilan keseluruhan kafein dalam hidup anda demi kesihatan jangka masa panjang.
c) Elakkan minum terlalu banyak air pada sebelah petang. Banyak minum air, jus, teh, atau cecair lain boleh mengakibatkan waktu ke bilik mandi kerap sepanjang malam. Minuman berkafein, yang bertindak sebagai diuretik, hanya memburukkan lagi keadaan.
d) Berhenti merokok. Merokok menyebabkan masalah tidur dalam pelbagai cara. Nikotin adalah perangsang, yang mengganggu tidur, tambahan pula perokok mengambil nikotin untuk berjaga malam, akan menjadikan ia  lebih sukar untuk tidur.

Tip 5: Semak tahap tekanan dan kebimbangan anda
Adakah anda mendapati diri anda tidak dapat tidur atau bangun malam selepas malam? Rasa tertekan, bimbang, dan kemarahan dari hari anda boleh membuat anda amat sukar untuk tidur lena. Apabila anda bangun atau tidak boleh tidur, ambil perhatian dengan perkara berulang yang berlaku dalam aktiviti harian anda. Ini akan membantu anda memahami apa yang anda perlu lakukan untuk membolehkan tekanan dan kemarahan anda di bawah kawalan sepanjang hari.

Jika anda tidak boleh menghentikan rasa bimbang, terutamanya mengenai perkara-perkara di luar kawalan anda, anda perlu belajar bagaimana untuk menguruskan pemikiran anda. Sebagai contoh, anda boleh belajar untuk menilai kebimbangan anda untuk melihat sama ada ia benar-benar realistik dan menggantikan ketakutan yang tidak rasional dengan fikiran yang lebih produktif. Malah, melakukan solat sunat adalah lebih produktif daripada berfikir tentang masalah anda sebelum tidur. Ia adalah perkara biasa untuk terjaga sebentar pada waktu malam. Malah, penidur yang baik tidak akan ingat dia pernah terjaga. Tetapi jika anda bangun pada waktu malam dan mempunyai masalah susah kembali tidur, tips berikut mungkin boleh membantu.


Relaxation Technic adalah bermanfaat untuk semua orang, terutama bagi mereka bergelut dengan masalah tidur. Mengamalkan teknik relaksasi sebelum tidur adalah cara yang baik untuk berehat, menenangkan fikiran, dan bersedia untuk tidur. Beberapa teknik santai yang mudah termasuk:

a) Bernafas dalam-dalam. Tutup mata anda, dan cuba mengambil yang mendalam, nafas perlahan, menjadikan setiap nafas yang lebih mendalam daripada yang lalu.
b) Melonggarkan otot-otot. Bermula dengan kaki, longgarkan semua otot selonggaryang anda boleh, supaya anda benar-benar berehat. Bermula dengan kaki anda hingga ke atas kepala anda.
c) Menggambarkan sesuati tempat yang aman, dan tenang. Tutup mata anda dan bayangkan tempat atau aktiviti yang tenang dan damai untuk anda. Tumpukan perhatian bagaimana santainya tempat ini dan betapa tenang anda rasa.