Allah s.w.t tidak beri ujian yang kita tidak mampu untuk tanganinya
Jangan
Panik ketika mengadapi masalah
“Don’t be panic”, mungkin anda sering mendengar kata-kata tersebut ketika anda
sedang ditimpa masalah. Ya, memang benar. Jangan pernah panik ketika anda
sedang ditimpa sebuah masalah. Walaupun anda tidak boleh berfikir
secara waras tapi bersikap tenanglah, bersabar dan fikirkan penyelesaian untuk masalah anda
tersebut.
Jangan
Emosional Ketika Masalah terjadi
Mungkin ini sukar untuk anda lakukan jika anda seorang yang panas baran atau
cepat marah. Ketika anda meluapkan emosi anda semasa menghadapi masalah, ini hanya akan menambahkan lagi kecelaruan fikiran. Bahkan, teman anda sendiri tidak mahu membantu
masalah anda kerana sifat baran anda tersebut.
Jangan
Tergesa-gesa mengadapi suatu permasalahan
Seseorang yang sedang mengahadapi sebuah masalah biasanya akan bertindak
tergesa-gesa. Perkara ini tidak bagus, karena perbuatan yang terggesa-gesa
biasanya menggunakan pemikiran yang kurang matang dan malah akan membuat
masalah baru muncul.
Berfikir
Secara Positif dalam situasi masalah
Ketika anda berfikir secara positif barulah anda mudah menerima sebuah masalah
sebagai cubaan atau salah satu cara agar anda lebih dewasa. Dengan berfikir secara
positif juga dapat membuat anda berfikir dengan baik untuk mencari
penyelesaian.
Berfikir Secara
Kreatif dalam mengadapi masalah
Perahlah otak anda sebaik mungkin dengan mencari jalan keluar dari masalah
tersebut. Keluarkan idea-idea yang selama ini ada dibenak otak anda yang
mungkin dapat membantu anda keluar dari masalah tersebut. Untuk lebih mudah
berfikir secara kreatif bermaksud anda harus lebih banyak mencari informasi,
lalu olah informasi tersebut sebagai cara/kaedah untuk keluar dari masalah
anda.
Bincangkan
masalah yang dihadapi
Jika anda sudah tidak dapat menghadapi dan mengatasi masalah anda, yang harus
anda lakukan selanjutnya adalah berbincang atau bercerita tentang masalah anda.
Pilih orang yang dapat memahami permasalahan anda dan dapat memberikan
penyelesaian. Jikapun masalah anda terlalu peribadi, anda dapat
menbincangkannya di dunia maya seperti di forum-forum, email, maupun chatting.
Jangan
Putus Asa menghadapi masalah
Jika anda mudah putus asa, masalah anda tak akan pernah selesai malah semakin
teruk. Ingatlah sebuah pribahasa “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang
kemudian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”. Ingatkan dalam
hati anda bahawa jika anda dapat mengatasi masalah ini maka anda akan
mendapatkan kebahagian melebihi kepayahan sewaktu anda menghadapi masalah
berkenaan.
Jangan
berjauhan Allah s.w.t
Inilah yang paling penting dari semua perkara diatas. Jika anda selama ini
kurang dekat dengan Tuhan, dekatkanlah diri anda dengan diri-Nya. Yang paling
penting adalah jangan hanya mendekatkan diri anda dengan Tuhan ketika sedang tertimpa
masalah, tapi untuk setiap saat. Hanya Pada Allah s.w.t kita memohon bantuan
dan pertolongan. InsyaAllah, anda dapat berfikir dengan tenang dan positif
setiap kali anda tertimpa masalah.
No comments:
Post a Comment