Monday, June 17, 2013

Mengapa saya perlu buat kerja sekolah?

Ramai pelajar mengeluh tentang kerja sekolah mereka. Kamu fikir jika berada di sekolah sepanjang masa serta sudah membuat kerja di sekolah, maka kamu tidak perlu buat di rumah.  Kamu fikir, tidak perlu lagi buat kerja selepas waktu persekolahan. Setelah bertungkus lumus di sekolah kamu bolehlah enjoy, relax dan bermain sepuas hati. Apa yang kamu fikir ini adalah salah sama sekali. Ada sebab kenapa kamu perlu membuat kerja sekolah di rumah.


Kelebihan Melakukan Kerja Sekolah

1. Melakukan kerja sekolah, umpama latihan ulangan untuk mahir dan cekap dengan subjek yang diajar di sekolah. Kamu akan bertambah mahir dan lebih memahami pengajaran guru. Kamu juga lebih bersedia untuk mempelajari topik baru keesokan harinya.

2. Melakukan kerja sekolah mengajar kamu membuat sesuatu dengan "sepenuh hati" dan ikhlas. Contoh: Sukarela membuat latihan matematik kerana kamu sedar kepentingannya dalam kehidupan seharian. Subjek matematik mengajar kita untuk mengira baki selepas membeli barangan di pasar raya. Malah kepintaran dalam matematik menyukarkan orang lain menipu kita tentang apa jua bentuk pengiraan.

3. Melakukan kerja sekolah mengajar kamu untuk membuat kerja sendiri tanpa pengawasan guru.  Kamu akan terbiasa dan menjaga rutin kerja harian kamu setiap hari. Dengan ini kamu akan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

4.Melakukan kerja sekolah mengajar kamu  menyusun aktiviti kamu di rumah dengan baik. Jika kamu lewat menyiapkan kerja sekolah, kamu akan teringat-ingat dan ia menganggu aktiviti kamu yang lain kerana terpaksa menyiapkannya kemudian. Kalau kamu lakukan dulu kerja sekolah, kamu dapat tumpukan perhatian dengan senang hati untuk aktiviti lain selepas itu. Jika kamu tidak buat kerja sekolah, kamu akan berasa susah hati. Susah hati kerana kerja sekolah makin bertambah, dimarahi oleh guru serta dicop tidak berdisiplin.

Seandainya kamu tidak ada sedikitpun rasa "susah hati"  ia merupakan satu perasaan yang bahaya. Kerana Kamu sudah termakan dengan ajakan syaitan yang suka kamu bermalas-malasan serta ingkar ajaran gurumu. Kamu tidak akan dapat buat dan faham ilmu yang diajar oleh guru tersebut.




TAHUKAH ANDA?
Apabila kamu dewasa, kamu akan melakukan kerja-kerja yang sama, mungkin di tempat yang sama, serta melakukan perkara/aktiviti yang sama berulang kali, sepanjang hayat?... Kerja itu merupakan kerjaya, dan periuk nasi kamu nanti. Tanpa kerjaya "berulang kali" yang dilakukan ini, kamu tidak dapat membeli makanan, membayar duit rumah, bil api dan eletrik serta pelbagai keperluan lain.

Kedengaran agak membosankan bukan?

Sekarang ini ramai orang bertukar kerja, atau berlakunya perubahan cara kerja. Ramai orang telah pergi ke serata negeri malahan keluar negara kerana pekerjaan mereka. MEREKA ini belajar sepanjang masa! Supaya mereka tahu dan memahami mengenai bidang pekerjaan mereka dengan lebih mendalam lagi. Latihan demi latihan serta pelbagai kursus dilalui untuk menajdi pekerja MAHIR.

Ini bermakna  apabila kamu mula bekerja, kamu tetap kena buat LATIHAN atau HOMEWORK untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam hidup terutama mengenai hal kerjaya. Jika kamu belajar mengurus masa dengan baik daripada sekarang, kamu dapat mengurus diri kamu dengan baik juga apabila kamu memasuki alam dewasa kelak.

Tiada istilah berhenti BELAJAR. KAMU perlu Sentiasa BELAJAR untuk menjadi orang yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.



No comments:

Post a Comment