Monday, April 26, 2010

Buletin Bulan Mac

Masa itu emas

Tahukah anda, banyak perkara yang boleh anda lakukan jika bijak membahagikan masa. Sebagai seorang pelajar yang baik, anda perlu tahu menguruskan tanggungjawab di sekolah dan di rumah. Tidak perlu menjadikan kerja dirumah sebagai alasan tidak dapat menyelesaikan tugasan sekolah, ataupun memberi alasan tidak dapat membantu ibu bapa dirumah kerana perlu menyiapkan kerja sekolah. Bagaimana anda boleh membahagikan masa?

1. Buat Jadual waktu—buat jadual waktu anda seharian, bermula dengan waktu anda bangun dari tidur sehinga waktu anda masuk tidur semula setiap hari.

2. Buat Jadual waktu mengikut keselesaan anda. (selesa bermaksud: anda boleh ikut jadual tersebut dengan berdisiplin)Minta bantuan rakan, ibu atau guru jika perlu.

3. Patuhi jadual waktu yang anda sendiri lakukan serta berdisiplin. Minta bantuan ibu bapa atau ahli keluarga untuk meningatkan anda.

Selamat mencuba dan semoga Berjaya



Anda selekeh atau kemas?

Kebelakangan ini pelajar gemar berpakaian selekeh ke sekolah. Berpakaian selekeh bermaksud:

1.Memakai baju/seluar/tudung yang tidak di gosok atau kotor
2.Menggunakan pakaian yang koyak rabak atau lusuh ke sekolah
3.Tidak mandi atau badan berbau apabila ke sekolah atau ke luar rumah
4.Tidak melipat tudung dengan kemas
5.Tidak memakai tali leher atau mengikat tali leher

Kekemasan anda mencerminkan keperibadian dan personaliti anda di kaca mata orang lain. Jika anda berpakaian tidak kemas atau selekeh, sudah pasti orang yang melihat anda pertama kali akan bersangka buruk terhadap anda. Jika anda mampu mengubah cara pemakaian anda, tidak mustahil anda juga boleh memperbaiki tingkahlaku anda.

PROGRAM ANTI DADAH-2010



Pada 26hb April yang lalu, berlangsung satu Program Anti Dadah "jangan cuba, nanti hidupmu musnah" anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program bermula seawal 2.30 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang. Pihak sekolah telah menjemput En Mohd Salim Bin Puteh selaku Penolong Pegawai Unit Pencegahan Dadah di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk menyampaikan maklumat serta bimbingan berguna mengenai penyalahgunaan dadah. Selain itu, turut serta memberikan kerjasama bagi menjayakan program ialah Penolong Pegawai, Agensi Anti dadah Kebangsaan Cawangan Port Dickson iaitu En Lokman bin Baharuddin.

Pihak sekolah juga turut menjemput sepuluh orang murid daripada Sekolah Menengah Tanah Merah dan juga Guru Kaunseling mereka iaitu Pn Husna dan Pn Mala. Semua guru Sekolah Menengah Agama Chuah, bertungkus-lumus memastikan program berjalan lancar.

Ringkas aktiviti yang dijalankan ialah:
1) Ceramah menarik dariapada En. Mohd Salem mengenai penggunaan dadah dan rokok
2) Pameran Dadah oleh AADK Port Dickson
3) Pertandingan Mewarna Poster Anti-Dadah yang dilakukan sepanjang minggu

Secara keseluruhannya, program anti dadah ini berjaya menarik minat pelajar mengenali dan memahami bahaya penggunaan rokok serta dadah. Program ini juga berjalan lancar dan mencapai matlamat.