CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:
i. Atas talian (online) http://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013/ atau melayari laman web : www.moe.gov.my atau;
ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)
KEMUDAHAN ASRAMA
Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.
SYARAT MEMOHON
1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.
2. Kesihatan
i. Sihat tubuh badan
ii. Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.
3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.
Untuk pilihan kursus dan syarat-syarat kursus, sila layari http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/info-kemasukan/maklumat-permohonan-kemasukan-2/syarat-khusus
No comments:
Post a Comment