Apa itu Pembohongan?
Kenapa suka berbohong?
1. Untuk mengelakkan diri dari masalah
2. Mengelak dari dihukum
3. Mengelakkan diri dari berasa malu
4. Bertujuan memastikan rakan mendapat masalah
5. Untuk melindungi rakan dari ditimpa masalah/kesulitan
6. Memastikan diri kelihatan menarik pada mata orang lain
7. Untuk melindungi privasi diri cth: "Apa yang kamu buat di rumah?" "tak ada apa"
8. Supaya diri berasa selamat
9. Mengelakkan orang lain berasa kecil hati
10. Sengaja berbohong untuk bermain-main dan rasa seronok
TIDAK BAIK berbohong..
1. Untuk lari dari masalah (seperti mengatakan anda tidak melakukan sesuatu yang anda lakukan).
2. Untuk mengganggu atau mengusik seseorang (seperti berkata dusta tentang seseorang atau menyebarkan khabar angin).
3. Berpura-pura anda telah mendapat kebenaran untuk melakukan sesuatu tetapi sebenarnya anda tidak perolehinya (seperti berkata, "Ibu kata saya boleh pergi ke pusat membeli-belah selepas sekolah," )
4. Untuk menyembunyikan BARANG yang dimiliki oleh orang lain dan berpura-pura anda tidak tahu di mana ia (ini bukan 'hanya gurauan;' ia adalah sesuatu tidak baik).
5. Untuk berbohong mengenai rakan atau orang lain (mengatakan bahawa orang lain telah memberitahu anda mengenai sesuatu dan ia tidak benar).
6. Untuk menyalahkan orang lain kerana sesuatu yang anda telah lakukan (agar mereka dalam kesusahan dan mengelakkan kamu daripada ksesusahan itu).
7. Untuk menjadi tamak dan tidak mahu berkongsi (seperti mengatakan anda tidak punya apa-apa untuk dikongsikan, sedangkan orang lain berkongsi barang mereka dengan anda).
8.Untuk menipu seseorang (atau menipu dalam ujian).
1. Melindungi diri anda supaya selamat (seperti berkata, "Ibu sedang tidur dan ayah dalam perjalanan pulang" apabila orang yang tidak dikenali diluar pintu rumah dan bertanya jika ibu anda ada dan sedangkan anda seorang sahaja di rumah).
2. Menggunakan adab yang baik ("terima kasih, tetapi saya tidak boleh makan satu lagi" - supaya tuan rumah boleh merasa kuih terakhir).
3.Supaya anda tidak menyakiti perasaan orang lain ("Terima kasih untuk hadiah yang cantik ini." Walaupun ia bukan apa yang anda benar-benar mahukan).
4. Menjaga rahsia yang 'baik' (seperti berpura-pura bahawa anda tidak tahu apa yang ayah telah beli untuk hari ibu).
Adakah dengan berkata "tiada apa-apa" / berdiam diri sama seperti berbohong?
Ramai orang beranggapan, tidak berkata apa-apa, umpama pembohongan yang jahat jika
1. Seseorang mungkin cedera kerana anda tidak bercakap apa-apa (dibuli, didera)
2. Seseorang mungkin menghadapi masalah kerana anda tidak bercakap apa-apa
3. Seseorang dalam bahaya keranan anda tidak bercakap apa-apa(contoh apabila mereka melakukan sesuatu yang membahayakan diri seperti mencuri, mengambil dadah, membunuh diri, mencederakan orang lain)
4. Seseorang telah melakukan perkara yang jijik tetapi menyuruh anda merahsiakannya dan anda bersetuju.
Ibu bapa dan guru mempunyai tanggungjawab keapda anda dan mereka prihatin pada anda. Mereka perlu tahu bahawa anda dalam keadaan selamat dan pandai menjaga diri. Anda perlu bersikap jujur dan mengaku jika melakukan kesalahan. Terima akibatnya dan belajar dari pengalaman. Anda adalah sebahagian dari keluarga dan sekolah anda dan anda perlu percaya dan saling menyokong antara satu sama lain.
Kadang-kadang, "hanya bergurau" boleh jadi merbahaya. Jika seseorang kerap bergurau, waktu bila anda boleh tahu yang dia serius dan tidak bergurau? Bolehkah anda percaya orang yang selalu berbohong dan bergurau dengan anda?
No comments:
Post a Comment