Monday, December 27, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010


Pasukan Nasyid yang membuat persembahan





Ibu bapa / penjaga anak-anak cemerlang




Yang Berhormat Dato' HJ Ismail bin Taib (ADUN LINGGI) diapit oleh Tuan Pengetua En Mohd Zaki bin Mohd Yusof (kiri) dan Ketua Kampung Chuah En Abu Bakar Bin Deli



Program telah berlangsung selama 2 jam seperti ketetapan berikut:
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 tengah hari
Tarikh : 12hb November 2010 (Jumaat)
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar merupakan acara julung-julung kali diadakan di Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah. Kebanyakkan sekolah akan mengadakan Majlis anugerah untuk menghargai dan memberi pengiktirafan di atas kejayaan pelajar dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum. Pemberian anugerah merupakan sumbangan atau insentif dari pihak sekolah kepada pelajar yang berusaha keras memajukan diri malah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian mereka yang membanggakan. Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah juga, tidak mahu ketinggalan dalam menghargai sumbangan dan usaha pelajar-pelajarnya. Majlis Anugerah ini diharapkan dapat menyuntik semangat pelajar agar berusaha dengan lebih gigih lagi demi mencapai impian dan cita-cita.
Objektif Program


1 Memberi sijil penghargaan dan hadiah kepada pelajar cemerlang PMR 2009
2 Memberi sijil penghargaan dan hadiah kepada pelajar menunjukkan tingkahlaku cemelang serta boleh menjadi contoh kepada kepada pelajar lain
3 Memberi sijil penghargaan dan hadiah kepada pelajar yang memberi sumbangan dan mengharumkan nama sekolah
4 Memberi sijil dan penghargaan kepada Panitia cemerlang SMRA Chuah agar dicontohi oleh Panitia lain
5 Sebagai medium penyampaian maklumat kepada masyarakat tentang pencapaian Sekolah
Majlis yang sangat gemilang ini telah berjalan dengan baik dan lancar. Pada awal pagi, pasukan kompang sekolah telah bersedia menanti tetamu manakala pasukan nasyid dan "coral speaking"juga telah bersedia menanti bagi membuat persembahan terbaik untuk hadirin. Yang Berbahagia, YB Dato’ Hj Ismail bin Taib, merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan juga ADUN kawasan Linggi sudi hadir, merasmikan majlis serta menyampaikan anugerah kepada pelajar yang menunjukkan prestasi membanggakan. Turut hadir ialah, Penolong Pegawai PPD, En. Juhari bin Sukadis, Timbalan YDP PIBG Dato Mustafa Bin Harun, Ketua Kampung Chuah, En. Abu Bakar bin Mohd Deli,Ketua Balai Polis Chuah, Hj Ramli bin Baharuddin, Ahli jawatankuasa PIBG SMRA Chuah serta ibu bapa/penjaga.
Majlis tamat lebih kurang dalam pukul 11.30 pagi dan kemudian semua hadirin telah dijemput menjamu selera bersama.

Sunday, December 26, 2010

Program OPS MEMBER bersama LPPKN Port Dickson






Program : OPS Member bersama LPPKN
Tarikh : 25 oktober 2010
Tempat : Dewan SMR Agama Chuah
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang

Program ini telah dirancang khusus untuk pelajar SMRA Chuah agar mereka mempunyai panduan untuk memilih rakan iaitu rakan yang bagaimana dapat membantu mereka ke jalan yang lebih baik. Pelbagai topik telah dibincangkan terutama isu-isu hangat terkini yang menjadi punca gejala tidak sihat dikalangan remaja. Dua orang pegawai daripada LPPKN Port Dickson telah hadir memberi sumbangan pengalaman serta menyampaikan maklumat-maklumat berguna kepada Pelajar.
Remaja merupakan golongan yang berusia 12 tahun hingga 21 tahun. Remaja atau pelajar sekolah sememangnya golongan paling mudah terpengaruh atau mempengaruhi rakan-rakan yang seusia dengannya. Kenyataan ini disokong dengan banyak kajian dimana, remaja cenderung mempercayai teman baik mereka, berbanding ibu bapa atau guru. Remaja lebih rela atau selesa, berkongsi pandangan, perasaan atau masalah dengan rakan mereka. Perubahan ini merupakan transaksi utama dari segi perkembangan psikologi remaja kerana sepanjang tempoh menjadi remaja, golongan ini cenderung tertarik dengan perkara-perkara baru yang paling dekat dengan mereka.
Adalah satu kelegaan jika perkara-perkara baru yang membuatkan remaja-remaja ini tertarik ialah perkara-perkara positif , jika sebaliknya ia akan mempengaruhi sikap serta tingkahlaku apabila dewasa seandainya, perkara-perkara negatif itu tidak ditangani sebaiknya. Paling penting pada waktu menjadi remaja ialah, memilih rakan yang boleh membimbing kepada masa depan yang cemerlang. Program OPS MEMBER pada hari berkenaan berjalan dengan lancar serta pelajar diharapkan dapat menjadikan maklumat yang diperolehi sebagai panduan mereka memilih rakan sebaya yang positif.

Program Motivasi "Semangat Untuk Berjaya" bersama Ibu Bapa/Penjaga





Program : Program Motivasi "Semangat Untuk Berjaya" bersama Ibu Bapa/penjaga
Tarikh : 25hb September 2010
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah
Penceramah : Ustaz Nor Azman Bin Mohamad
Program Motivasi ini dirancang untuk menaikkan semangat pelajar untuk belajar, seterusnya meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik. Selain itu juga, pelajar turut diberi galakan untuk mempertahankan sahsiah terpuji sedia ada serta menambah baik sikap serta tingkahlaku mereka di sekolah dan di rumah. Keterlibatan ibu bapa/penjaga dalam proses mendidik dan memimpin pelajar sangat penting dalam memastikan kejayaan serta kecemerlangan pelajar di rumah dan di sekolah. Justera, Ibu bapa/penjaga juga dilibatkan dalam program motivasi ini.
Program dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Kehadiran lebih 70% ibu bapa penjaga secara tidak langsung memberi gambaran bahawa program seumpama ini mendapat sokongan dan perhatian daripada mereka. Pelajar pula memberi respon yang positif semasa dan selepas program berlangsung. Kehadiran pelajar pula lebih 80%. Semua guru hadir memberikan sumbangan dan bantuan untuk menjayakan program motivasi ini. Walaupun waktu untuk pelajar menghadapi peperiksaan semakin hampir, program motivasi ini tetap dapat memberi impak positif kepada pelajar. Hasilnya, hubungan antara ibu bapa penjaga dan anak-anak semakain erat. Begitu juga hubungan antara pelajar dan guru, serta hubungan antara sekolah dengan komuniti setempat memandangkan semua pelajar Sek Men Ren Agama Chuah berasal daripada Kampung berhampiran. Diharapkan Program Motivasi ini dapat di jalankan lagi pada masa-masa akan datang dengan kemudahan tempat yang lebih selesa dan kehadiran penuh kedua-dua kumpulan ibu bapa penjaga dan juga pelajar.

Majlis Khatam Al-Quran

Pada 3hb september bersama hari jumaat yang mulia, Sekolah telah menganjurkan Majlis Khatam Al-quran bersempena bulan Ramadhan. Masjid Khatam Al-Quran merupakan majlis tahunan yang diadakan setiap kali menjelang bulan Ramadhan di Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah. Majlis seumpama ini memang wajar dilakukan di sekolah agama. Tahun ini majlis khatam Al-Quran, lebih meriah lagi kerana adanya sumbangan khas daripada Syarikat Celcom Berhad yang sudi memberikan sumbangan kepada sekolah.

Program dapat dijalankan seperti yang dirancangkan. Kesemua pelajar masing-masing menerima Bunga Telur dan Pulut kuning sebagai tanda telah Khatam AL-Quran pada hari tersebut. Manakala Pelawat iaitu Pihak Celcom Seremban pula tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut kerana mempunyai urusan lain. Walaubagaimanapun mereka hadir lebih awal pada hari sebelumnya memberi cenderahati Simcard percuma kepada semua pelajar dan promosi Streamyx kepada guru-guru. Paling mengharukan, mereka telah memberi sumbangan kepada sekolah sebanyak RM 300. Majlis Khatam Al-Quran berjalan lancar dan semua pelajar telah khatam Al-Quran dengan baik.