Monday, December 27, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010


Pasukan Nasyid yang membuat persembahan





Ibu bapa / penjaga anak-anak cemerlang




Yang Berhormat Dato' HJ Ismail bin Taib (ADUN LINGGI) diapit oleh Tuan Pengetua En Mohd Zaki bin Mohd Yusof (kiri) dan Ketua Kampung Chuah En Abu Bakar Bin Deli



Program telah berlangsung selama 2 jam seperti ketetapan berikut:
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 tengah hari
Tarikh : 12hb November 2010 (Jumaat)
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar merupakan acara julung-julung kali diadakan di Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah. Kebanyakkan sekolah akan mengadakan Majlis anugerah untuk menghargai dan memberi pengiktirafan di atas kejayaan pelajar dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum. Pemberian anugerah merupakan sumbangan atau insentif dari pihak sekolah kepada pelajar yang berusaha keras memajukan diri malah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian mereka yang membanggakan. Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah juga, tidak mahu ketinggalan dalam menghargai sumbangan dan usaha pelajar-pelajarnya. Majlis Anugerah ini diharapkan dapat menyuntik semangat pelajar agar berusaha dengan lebih gigih lagi demi mencapai impian dan cita-cita.
Objektif Program


1 Memberi sijil penghargaan dan hadiah kepada pelajar cemerlang PMR 2009
2 Memberi sijil penghargaan dan hadiah kepada pelajar menunjukkan tingkahlaku cemelang serta boleh menjadi contoh kepada kepada pelajar lain
3 Memberi sijil penghargaan dan hadiah kepada pelajar yang memberi sumbangan dan mengharumkan nama sekolah
4 Memberi sijil dan penghargaan kepada Panitia cemerlang SMRA Chuah agar dicontohi oleh Panitia lain
5 Sebagai medium penyampaian maklumat kepada masyarakat tentang pencapaian Sekolah
Majlis yang sangat gemilang ini telah berjalan dengan baik dan lancar. Pada awal pagi, pasukan kompang sekolah telah bersedia menanti tetamu manakala pasukan nasyid dan "coral speaking"juga telah bersedia menanti bagi membuat persembahan terbaik untuk hadirin. Yang Berbahagia, YB Dato’ Hj Ismail bin Taib, merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan juga ADUN kawasan Linggi sudi hadir, merasmikan majlis serta menyampaikan anugerah kepada pelajar yang menunjukkan prestasi membanggakan. Turut hadir ialah, Penolong Pegawai PPD, En. Juhari bin Sukadis, Timbalan YDP PIBG Dato Mustafa Bin Harun, Ketua Kampung Chuah, En. Abu Bakar bin Mohd Deli,Ketua Balai Polis Chuah, Hj Ramli bin Baharuddin, Ahli jawatankuasa PIBG SMRA Chuah serta ibu bapa/penjaga.
Majlis tamat lebih kurang dalam pukul 11.30 pagi dan kemudian semua hadirin telah dijemput menjamu selera bersama.

No comments:

Post a Comment