Sunday, December 26, 2010

Program Motivasi "Semangat Untuk Berjaya" bersama Ibu Bapa/Penjaga





Program : Program Motivasi "Semangat Untuk Berjaya" bersama Ibu Bapa/penjaga
Tarikh : 25hb September 2010
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah
Penceramah : Ustaz Nor Azman Bin Mohamad
Program Motivasi ini dirancang untuk menaikkan semangat pelajar untuk belajar, seterusnya meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik. Selain itu juga, pelajar turut diberi galakan untuk mempertahankan sahsiah terpuji sedia ada serta menambah baik sikap serta tingkahlaku mereka di sekolah dan di rumah. Keterlibatan ibu bapa/penjaga dalam proses mendidik dan memimpin pelajar sangat penting dalam memastikan kejayaan serta kecemerlangan pelajar di rumah dan di sekolah. Justera, Ibu bapa/penjaga juga dilibatkan dalam program motivasi ini.
Program dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Kehadiran lebih 70% ibu bapa penjaga secara tidak langsung memberi gambaran bahawa program seumpama ini mendapat sokongan dan perhatian daripada mereka. Pelajar pula memberi respon yang positif semasa dan selepas program berlangsung. Kehadiran pelajar pula lebih 80%. Semua guru hadir memberikan sumbangan dan bantuan untuk menjayakan program motivasi ini. Walaupun waktu untuk pelajar menghadapi peperiksaan semakin hampir, program motivasi ini tetap dapat memberi impak positif kepada pelajar. Hasilnya, hubungan antara ibu bapa penjaga dan anak-anak semakain erat. Begitu juga hubungan antara pelajar dan guru, serta hubungan antara sekolah dengan komuniti setempat memandangkan semua pelajar Sek Men Ren Agama Chuah berasal daripada Kampung berhampiran. Diharapkan Program Motivasi ini dapat di jalankan lagi pada masa-masa akan datang dengan kemudahan tempat yang lebih selesa dan kehadiran penuh kedua-dua kumpulan ibu bapa penjaga dan juga pelajar.

No comments:

Post a Comment