Sunday, December 26, 2010

Program OPS MEMBER bersama LPPKN Port Dickson






Program : OPS Member bersama LPPKN
Tarikh : 25 oktober 2010
Tempat : Dewan SMR Agama Chuah
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang

Program ini telah dirancang khusus untuk pelajar SMRA Chuah agar mereka mempunyai panduan untuk memilih rakan iaitu rakan yang bagaimana dapat membantu mereka ke jalan yang lebih baik. Pelbagai topik telah dibincangkan terutama isu-isu hangat terkini yang menjadi punca gejala tidak sihat dikalangan remaja. Dua orang pegawai daripada LPPKN Port Dickson telah hadir memberi sumbangan pengalaman serta menyampaikan maklumat-maklumat berguna kepada Pelajar.
Remaja merupakan golongan yang berusia 12 tahun hingga 21 tahun. Remaja atau pelajar sekolah sememangnya golongan paling mudah terpengaruh atau mempengaruhi rakan-rakan yang seusia dengannya. Kenyataan ini disokong dengan banyak kajian dimana, remaja cenderung mempercayai teman baik mereka, berbanding ibu bapa atau guru. Remaja lebih rela atau selesa, berkongsi pandangan, perasaan atau masalah dengan rakan mereka. Perubahan ini merupakan transaksi utama dari segi perkembangan psikologi remaja kerana sepanjang tempoh menjadi remaja, golongan ini cenderung tertarik dengan perkara-perkara baru yang paling dekat dengan mereka.
Adalah satu kelegaan jika perkara-perkara baru yang membuatkan remaja-remaja ini tertarik ialah perkara-perkara positif , jika sebaliknya ia akan mempengaruhi sikap serta tingkahlaku apabila dewasa seandainya, perkara-perkara negatif itu tidak ditangani sebaiknya. Paling penting pada waktu menjadi remaja ialah, memilih rakan yang boleh membimbing kepada masa depan yang cemerlang. Program OPS MEMBER pada hari berkenaan berjalan dengan lancar serta pelajar diharapkan dapat menjadikan maklumat yang diperolehi sebagai panduan mereka memilih rakan sebaya yang positif.

No comments:

Post a Comment