Monday, May 6, 2013

Mengekalkan Persahabatan


Bukan mudah membina sebuah persahabatan, tapi senang merobohkannya. Apabila berada di dalam kelas, acapkali kelihatan hubungan yang tidak baik antara seorang dengan seorang yang lain.. mungkin berdua, mungkin bertiga. mungkin juga satu kelas ada masalah dengan seseorang yang lain. 

Mengapa perkara ini berlaku? Bukankah baik jika menggalakkan persahabatan berbanding permusuhan?
Ketahuilah oleh kamu Allah s.w.t benci orang yang suka bermusuhan.

Dari Aisyah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda:

"Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"
                                                                             (Riwayat al-bukhari)

Oleh yang demikian, gembirakanlah hati sahabatmu, bukannya membuat dia berasa tidak senang atau marah dengan tingkahlaku kita. Jaga lidah. Lidah umpama pedang. Berhati-hatilah apabila mengucapkan sesuatu kepada sahabat kita agar perasaannya tidak terguris sehingga dia berdoa kepada Allah s.w.t untuk membalasnya. Sesungguhnya Allah  s.w.t mendengar semua doa hambaNya.

Tips ini mungkin berguna untuk kamu amalkan bagi menjaga persahabatan.

1. Berikan sesuatu yang mendamaikan hatinya. Lakukan apa sahaja cara yang dibenarkan Islam untuk menggembirakan emosinya termasuklah membelanja dia makan sesuaikan dengan kemampuan.

2. Lakukan kejutan yang menggembirakan dirinya sehingga dia rasa terharu.

3. Selalu ucapkan terima kasih padanya, jadikan dia berharga, dan penting dalam hidup anda. Panjatkan rasa bersyukur kerana dia hadir dalam hidup anda. 

4. Berkongsi kedukaannya dan kesedihannya, serta berikan semangat padanya, ketika dia sedang berduka.

5. Anggap dia ahli keluarga sendiri, kenali ibu bapanya, adik-beradiknya, dan orang-orang dalam keluarga besarnya.

6. Maafkan kesalahannya yang lalu, doakan kejayaannya selalu, doakan kesejahteraan dirinya selalu, biar beratus kali sehari pun tidak mengapa, bukan sekadar selepas solat sahaja.

Dahulukan doa anda dengan Surah AL-Fatihah, dan diakhiri dengan dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah. Moga cepat dimakbulkan ALlah. S.w.t.


Apa yang kita doakan padanya, itulah yang akan berlaku dalam hidup kita. Apabila kita mendoakan kebahagiaan dan kejayaan untuk saudara kita, umpama mendoakan kejayaan diri kita juga. 

"WHAT U GIVE, U
GET BACK" 
"apa yang anda beri, anda akan dapat kembali"

No comments:

Post a Comment