Monday, April 22, 2013

MOTIVASI BUATKU-- SETIAP HARI


Cita-cita atau tujuan hidup ini hanya boleh diraih jika anda mempunyai motivasi yang kuat dalam diri anda. Tanpa apa-apa motivasi, anda sukar mencapai apa yang anda cita-citakan. Tapi tak dapat dinafikan, memang agak sukar membina motivasi di dalam diri sendiri. Bahkan mungkin anda tidak pasti bagaimana cara membina motivasi di dalam diri sendiri. Sesungguhnya banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menimbulkan motivasi tersebut.
Caranya? Lihat tips berikut ini:

1. Reka sesuatu perkara yang membangkitkan semangat
Ciptakan sesuatu yang dapat "membangunkan" dan membangkitkan semangat anda saat pagi menjelang. Misalnya, anda terbayang-bayang bahawa esok anda memperolehi A dalam subjek matematik. Walau kedengarannya mustahil kerana anda sering mendapat c, tapi sensasi ini boleh memacu semangat anda untuk berkerja lebih baik lagi berbanding apa yang sudah anda lakukan semalam.

2. Luaskan matlamat hidup anda
Jangan pernah selesa dengan hidup yang adae. Hidup yang terlalu selesa membuat anda tidak mempunyai kelebihan/kekuatan lagi. Sebenarnya untuk meraih sesuatu anda memerlukan cabaran yang lebih besar, untuk melahirkan/menunjukkan kekuatan sebenar anda. Tujuan hidup yang besar akan membangkitkan motivasi dan kelebihan tersendiri dalam hidup anda. Sebagai contoh

"Cukuplah dapat C dalam matematik... janji aku lulus".

Sebaliknya fikirkan lebih. "Aku akan dapat A dalam matematik. Tengoklah nanti"..
Mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi hasilnya juga tinggi.

3. Fikirkan masa cepat berlalu, jika anda mati nanti apa yang tinggal
Anda perlu memikirkan saat kematian yang bila-bila saja boleh menjengah. Membayangkan saat-saat terakhir dalam hidup dapat memberi keinsafan dan kekuatan. Anda membayangkan 'flash back' dalam kehidupan anda. Sejak anda menjalani masa kanak-kanak, remaja, hinggalah ketika anda dewasa. Jika anda membayangkan 'ajal' anda sudah dekat, ia akan memotivasikan anda untuk berusaha lebih banyak lagi selagi bernafas.

4. Tinggalkan kawan-kawan yang tidak perlu
Jangan ragu untuk meninggalkan teman-teman yang tidak dapat mendorong anda mencapai matlamat hidup. Sebab, siapapun teman anda, seharusnya mampu membawa anda pada perubahan yang lebih baik. Ketahuilah bergaul dengan orang-orang yang positif akan membuat anda berfikir positif juga. Bersama mereka ini hidup terasa lebih menyenangkan dan penuh motivasi.

5. Dekati bayangan kebimbangan, ketakutan
Saat anda dibayangi kebimbangan dan ketakutan, jangan melarikan diri dari bayangan itu. Misalnya selama ini anda takut akan menghadapi masa depan yang buruk. Datang dan nikmati rasa takut anda dengan cuba mengatasinya. Saat anda berjaya mengatasi rasa takut, saat itu anda telah berjaya meningkatkan keyakinan diri bahawa anda mampu mencapai hidup yang lebih baik.

6. Ucapkan "selamat datang" pada setiap masalah
Jalan untuk mencapai tujuan tidak selamanya selurus dan semudah jalan tol. Suatu saat anda akan menghadapi jalan yang sukar, berliku-liku dan penuh dengan batu. Jangan tukar arah untuk mengambil jalan pintas. Hadapi terus jalan tersebut dan fikirkan cara terbaik agar boleh melaluinya. Jika anda memandang masalah sebagai sesuatu yang mengerikan, anda akan semakin sukar mendapat bermotivasi. Sebaliknya bila anda selalu bersedia menghadapi setiap masalah, anda seakan mempunyai tenaga dan semangat untuk mencapai tujuan anda.

7. Mulakan dengan hati yang ikhlas dan tenang
Jangan pernah merasa terbeban dengan tujuan hidup anda. Nikmati hidup dan jalan yang anda tempuh semuanya. Jika sejak awal anda sudah merasa 'tidak suka' rasanya motivasi hidup tidak akan pernah anda miliki.

8. Berusaha dengan bersungguh-sungguh
Tidak boleh tidak, anda harus berusaha bila ingin mendapatkan hasil yang terbaik. Pada dasarnya tidak ada yang tidak dapat anda raih jika anda terus berusaha kuat. Semakin giat berusahasemakin mudah pula anda mengatasi setiap kesulitan.

Kesimpulan:
Motivasi dapat meningkatkan semangat dalam mencapai tujuan. Motivasi yang kuat di dalam diri, barulah kita mempunyai sifat penghargaan yang tinggi terhadap diri dan hidup ini. Kita tidak lagi ragu-ragu untuk melangkah ke depan, iaitu mencapai visi hidup kita.

Salam Berjaya!

No comments:

Post a Comment