Friday, April 12, 2013

oh Motivasi..saya perlukan motivasi!!

Seringkali saya mendengar komen seperti ini   " tolong saya cikgu! Saya tidak ada motivasi untuk _______"

Saya ada jawapan kepada persoalan ini tetapi mungkin anda tidak mahu dengar. Motivasi itu sudah tersedia, tetapi motivasi hanya datang jika anda benar-benar mahu buat atau perlu untuk buat. Jika anda mahu mencari motivasi dari sumber lain selain diri anda maksudnya anda tidak betul-betul mahu lakukan perkara itu. Sebagai contoh motivasi untuk belajar.

Anda mahukan motivasi untuk belajar, lalu anda pun bergantung kepada rakan untuk mengingatkan anda tentang kerja sekolah dan ulangkaji. Tidak pernah sekali pun anda sendiri mahu mengulangkaji sendiri atau pun mengajak rakan mengulangkaji bersama. Motivasi seperti ini tidak akan kekal atau sukar untuk kekal dengan diri anda. Kerana jika rakan anda tiada, anda tidak boleh melakukannya sendiri.

Anda mencari motivasi untuk melakukan kerja sekolah dengan menonton televisyen atau berbual dengan rakan. Adakah setiap kali anda perlukan motivasi anda akan berbuat demikian? anda silap kerana motivasi begini tidak akan membantu anda. Mencari motivasi untuk sesuatu perkara yang anda tidak mahu lakukan adalah membuang masa. Tanya diri anda. Anda mahu buat atau tidak?

Apabila anda meminta semangat/ motivasi untuk membantu anda (contoh: dalam menaikkan semangat anda untuk belajar), anda hanya berpura-pura. Anda sebenarnya tidak sungguh-sungguh mahu belajar.

"Saya tidak ada motivasi untuk berlatih bermain gitar".
------Itu kerana anda tidak mahu bermain gitar. Berhenti berpura-pura.

"Saya tidak dapat mencari motivasi untuk mengurangkan berat badan".
------Itu mungkin kerana anda seorang pemalas, yang sangat malas untuk bersenam.

"Saya tidak ada semangat untuk bangun awal".
------Itu kerana anda tidak berasa ada faedah/keuntungan bila bangun. Anda memang tak mahu bangun.

Jadi bagaimana mahu mencari semangat anda,



--Jangan Pernah Mengalah! Orang yang putus asa selalu kalah, Orang yang berjaya tidak pernah putus asa.

Anda mesti suka, rela dan gembira dengan apa yang anda lakukan baru anda boleh berjaya.

Bila anda mula bersemangat melakukan sesuatu yang anda ingin lakukan, anda pasti tidak akan berhenti...

InsyaAllah anda pasti berjaya.








No comments:

Post a Comment