Wednesday, September 25, 2013

Permohonan online ke Kolej Vokasional dan Sek Men Teknik Tahun 2014

Permohonan ke Kolej Vokasonal (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) secara dalam talian (online) telah dibuka pada 17hb september 2013 sehingga 25 disember 2013 (ahad).

CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:
     i. Atas talian (onlinehttp://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013/ atau melayari laman web : www.moe.gov.my atau;
    ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)

KEMUDAHAN ASRAMA
Kemudahan asrama disediakan di semua  SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.

KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.

SYARAT MEMOHON
1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.
2. Kesihatan
    i. Sihat tubuh badan
  ii. Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.
3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.

Hebahan: Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 (SBP) 2014

Permohonan online boleh dibuat di http://public.moe.gov.my/. Segala pertanyaan sila hubungi Guru Kaunseling anda.


ROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) SBP

  1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Empat (4) melalui laman web KPMhttp://www.moe.gov.my
  2. Murid mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan.
  3. Salinan maklumat permohonan diserahkan kepada Pengetua sekolah asal masing-masing.

SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) SBP

  1. Warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
  3. Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
    • Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa Jepun/Bahasa Perancis/Bahasa Jerman/Bahasa Mandarin).
    • Mesti memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
    • Memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain.
  4. Aktif dalam kokurikulum.

KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)

  1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari setelah keputusan PMR diumumkan.
  2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
    • Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
    • Kaunter BPSBPSK
    • Talian hotline BPSBPSK
    • Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
  3. Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
  4. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
    • Warganegara Malaysia.
    • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
    • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
    • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.


Tuesday, September 10, 2013

Berbohong

Apa itu Pembohongan?


Kenapa suka berbohong?
1. Untuk mengelakkan diri dari masalah
2. Mengelak dari dihukum
3. Mengelakkan diri dari berasa malu
4. Bertujuan memastikan rakan mendapat masalah
5. Untuk melindungi rakan dari ditimpa masalah/kesulitan
6. Memastikan diri kelihatan menarik pada mata orang lain
7. Untuk melindungi privasi diri cth: "Apa yang kamu buat di rumah?" "tak ada apa"
8. Supaya diri berasa selamat
9. Mengelakkan orang lain berasa kecil hati
10. Sengaja berbohong untuk bermain-main dan rasa seronok

TIDAK BAIK berbohong..
1. Untuk lari dari masalah (seperti mengatakan anda tidak melakukan sesuatu yang anda lakukan).
2. Untuk mengganggu atau mengusik seseorang (seperti berkata dusta tentang seseorang atau menyebarkan khabar angin).
3. Berpura-pura anda telah mendapat kebenaran untuk melakukan sesuatu tetapi sebenarnya anda tidak perolehinya (seperti berkata, "Ibu kata saya boleh pergi ke pusat membeli-belah selepas sekolah," )
4. Untuk menyembunyikan BARANG yang dimiliki oleh orang lain dan berpura-pura anda tidak tahu di mana ia (ini bukan 'hanya gurauan;' ia adalah sesuatu tidak baik).
5. Untuk berbohong mengenai rakan atau orang lain (mengatakan bahawa orang lain telah memberitahu anda mengenai sesuatu dan ia tidak benar).
6. Untuk menyalahkan orang lain kerana sesuatu yang anda telah lakukan (agar mereka dalam kesusahan dan mengelakkan kamu daripada ksesusahan itu).
7. Untuk menjadi tamak dan tidak mahu berkongsi (seperti mengatakan anda tidak punya apa-apa untuk dikongsikan, sedangkan orang lain berkongsi barang mereka dengan anda).
8.Untuk menipu seseorang (atau menipu dalam ujian).


Kadang-kadang, situasi membenarkan kamu untuk menipu... contohnya

1. Melindungi diri anda supaya selamat (seperti berkata, "Ibu sedang tidur dan ayah dalam perjalanan pulang" apabila orang yang tidak dikenali diluar pintu rumah dan bertanya jika ibu anda ada dan sedangkan anda seorang sahaja di rumah).
2. Menggunakan adab yang baik ("terima kasih, tetapi saya tidak boleh makan satu lagi" - supaya tuan rumah boleh merasa kuih terakhir).
3.Supaya anda tidak menyakiti perasaan orang lain ("Terima kasih untuk hadiah yang cantik ini." Walaupun ia bukan apa yang anda benar-benar mahukan).
4. Menjaga rahsia yang 'baik' (seperti berpura-pura bahawa anda tidak tahu apa yang ayah telah beli untuk hari ibu).

Adakah dengan berkata "tiada apa-apa" / berdiam diri sama seperti berbohong?
Ramai orang beranggapan, tidak berkata apa-apa, umpama pembohongan yang jahat jika

1. Seseorang mungkin cedera kerana anda tidak bercakap apa-apa (dibuli, didera)
2. Seseorang mungkin menghadapi masalah kerana anda tidak bercakap apa-apa
3. Seseorang dalam bahaya keranan anda tidak bercakap apa-apa(contoh apabila mereka melakukan sesuatu yang membahayakan diri seperti mencuri, mengambil dadah, membunuh diri, mencederakan orang lain)
4. Seseorang telah melakukan perkara yang jijik tetapi menyuruh anda merahsiakannya dan anda bersetuju.


Ibu bapa dan guru mempunyai tanggungjawab keapda anda dan mereka prihatin pada anda. Mereka perlu tahu bahawa anda dalam keadaan selamat dan pandai menjaga diri. Anda perlu bersikap jujur dan mengaku jika melakukan kesalahan. Terima akibatnya dan belajar dari pengalaman. Anda adalah sebahagian dari keluarga dan sekolah anda dan anda perlu percaya dan saling menyokong antara satu sama lain.

Kadang-kadang, "hanya bergurau" boleh jadi merbahaya. Jika seseorang kerap bergurau, waktu bila anda boleh tahu yang dia serius dan tidak bergurau? Bolehkah anda percaya orang yang selalu berbohong dan bergurau dengan anda?