Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Sek Men Ren Agama Chuah
Objektif:
- Memberi dorongan atau motivasi kendiri para pelajar agar mereka mahu berusaha secara bersungguh-sungguh sebagai pemimpin pelajar.
- Memberi bimbingan tentang kaedah kepimpinan yang berkesan dan melahirkan pelajar yang mampu memimpin tanpa paksaan.
- Memberikan pendedeahan mengenai teknik komunikasi dan ilmu-ilmu kepimpinan agar mereka akan bertugas dengan rasa seronok sepanjang masa.
Program Kursus Kepimpinan ini berjalan dengan baik dan pelajar terlibat secara aktif dalam setiap slot. Para pelajar juga kelihatan seronok semasa menjalankan aktiviti latihan dalam kumpulan dan memebri seenuh perhatian semasa guru memberi arahan. Semasa diminta memberi komentar tentang Kursus Kepimpinan yang dianjurkan, rata-rata pelajar berasa gembira dan mendapat maklumat penting mengenai kepimpinan dan kaedah menjadi pemimpin berwibawa. Diharapkan, apa yang mereka pelajari sepanjang kursus akan diaplikasikan semasa menjalankan tugas ataupun dimana sahaja mereka berada.
No comments:
Post a Comment