Sunday, July 3, 2011

Minggu AntiDadah 2011

TARIKH: 25HB - 29HB 2011
ANJURAN: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING dengan kerjasama PANITIA BAHASA MELAYU

Pada tarikh berikut, telah berlangsungnya Minggu Anti Dadah di Sekolah Menengah Rendah Agama Chuah. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk mendidik dan memupuk kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya penggunaan dadah serta kesan-kesannya. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang minggu tersebut ialah, Pameran AntiDadah oleh AADK, Urine Test AADK, Pertandingan Pidato, Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Perbahasan, dan Pertandingan Membuat Buku Skrap. Rata-rata pelajar mengambil bahagian dalam Pertandingan Poster terutama pelajar tingkatan 1.




















SLAD 2011






Sek Men Ren Agama Chuah mempunyai ahli SLAD (skim lencana anti dadah) seramai 20 orang pelajar. Kelab SLAD ini baru sahaja ditubuhkan tahun 2011. Pada bulan april yang lalu, ahli SLAD telah bertungkus-lumus membuat persiapan Minggu AntiDadah SMRA Chuah 2011.






Tahniah kepada ahli SLAD kerana menjadikan Minggu Anti Dadah 2011 lebih meriah dan berinformasi!

Sunday, February 27, 2011

Kemahiran Mengingat

Kemahiran Mengingat:
Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterima hendaklah disimpan agar tidak lupa untuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat:
  1. HAFAL isi yang dibaca
· Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.
· Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?”
  1. Isi DISUSUN dengan betul
· Sebutkan isi yang kamu hafal
· Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.
  1. Tentukan perkara yang perlu DIINGAT
· Pastikan turutan isi betul
· Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.
· Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.
  1. UJI kemampuan daya ingatan
· Di sini kamu perlu memainkan dua watak
i- Penyoal
ii- Penjawab
· Cuba “soal” apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab
· Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.
  1. Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin
· Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan
· Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan
  1. Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca.
· Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan:
a- Sebelum tidur
b- Selepas tidur
· Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang

Saturday, February 26, 2011

KURSUS KEPIMPINAN 2011

Tarikh : 26hb februari 2011
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat : Sek Men Ren Agama Chuah

Objektif:
  1. Memberi dorongan atau motivasi kendiri para pelajar agar mereka mahu berusaha secara bersungguh-sungguh sebagai pemimpin pelajar.
  2. Memberi bimbingan tentang kaedah kepimpinan yang berkesan dan melahirkan pelajar yang mampu memimpin tanpa paksaan.
  3. Memberikan pendedeahan mengenai teknik komunikasi dan ilmu-ilmu kepimpinan agar mereka akan bertugas dengan rasa seronok sepanjang masa.
Program Kursus Kepimpinan ini berjalan dengan baik dan pelajar terlibat secara aktif dalam setiap slot. Para pelajar juga kelihatan seronok semasa menjalankan aktiviti latihan dalam kumpulan dan memebri seenuh perhatian semasa guru memberi arahan. Semasa diminta memberi komentar tentang Kursus Kepimpinan yang dianjurkan, rata-rata pelajar berasa gembira dan mendapat maklumat penting mengenai kepimpinan dan kaedah menjadi pemimpin berwibawa. Diharapkan, apa yang mereka pelajari sepanjang kursus akan diaplikasikan semasa menjalankan tugas ataupun dimana sahaja mereka berada.












Friday, January 21, 2011

Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1




Pada 3hb hingga 5hb januari yang lalu telah diadakan Program orientasi khas untuk pelajar yang baru memasuki alam sekolah menengah. Pelajar diperkenalkan dengan semua aspek pendidikan di sekolah menengah dan juga peraturan serta persekitaran baru. Pelajar di diberitahu tentang selok belok pembelajaran di sekolah dan aspek peraturan sekolah yang sangat penting untuk diaplikasikan.

Secara keseluruhannya, Program Orientasi Pelajar Tingkatan satu ini berjalan lancar dan dapat diikuti oleh semua pelajar baru tingkatan satu. Semoga mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran alam sekolah menengah dengan baik.