Semua orang ada hari tertentu dimana mereka berasa tidak mahu untuk ke sekolah. Kadang-kadang mereka berpura-pura sakit, atau ibu bapa membenarkan mereka untuk tidak ke sekolah dan duduk di rumah. Tetapi ada juga segelintir pelajar membuat rancangan sendiri iaitu berjumpa dan berseronok bersama kawan-kawan pada hari sepatutnya mereka berada di sekolah.
Gambar : Sinar Harian
"Ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa alasan munasabah (seperti sakit)."
Sudah tentu jumlah pelajar yang terjebak dengan masalah ponteng tidak lah ramai. Hanya segelintir. Kebanyakkan sekolah mempunyai peraturan yang ketat untuk menghentikan tabiat ponteng dalam kalangan pelajar. Tujuannya bukan untuk menangkap mereka, tetapi kerana hendak memastikan murid tadi dalam keadaan selamat dan mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan dan pembelajaran yang sepatutnya di sekolah.
Sekolah bertanggungjawab memastikan pelajar dalam keadaan baik dan selamat sepanjang waktu persekolahan manakala ibu bapa pula bertanggungjawab menghantar anak ke sekolah sehinggalah umur mereka 17 tahun melainkan pelajar tadi mempunyai kebenaran khas belajar sendiri di rumah. ("home school")
Kenapa pelajar gemar ponteng sekolah?
1 Untuk mendapatkan perhatian ibu bapa, kawan-kawan atau guru
2 Pelajar mungkin dibuli di sekolah
3 Cuba melarikan diri dari masalah di rumah atau di sekolah
4 Pelajar mempunyai masalah pembelajaran dan berasa diri sangat teruk
5 Terpengaruh dengan kawan yang suka ponteng
6 Berasakan kelakuan ponteng sekolah satu sikap yang cool di dihormati orang lain (kerana berasa orang lain tidak berani melakukannya)
7 Ada juga yang dicabar rakan-rakan agar ponteng
8 Berasa marah akan sesuatu perkara
9 Ingin lebih masa berseronok, bermain dan inginkan cuti
10 Pelajar sengaja menimbulkan masalah yang ditujukan kepada sekolah atau ibu bapa
Bagaimana saya boleh membantu rakan saya
yang gemar ponteng?
Kamu boleh jadi kawan yang baik jika:
1 Kamu beritahu dia bahawa ponteng sekolah adalah sesuatu yang tidak selamat dan boleh menyebabkan dia terjebak dengan masalah lain.(dadah, gangsterisme dan jenayah)
2 Kamu maklumkan kepada guru supaya rakan kamu tadi tidak terus hanyut dan tertinggal pelajaran
3 Kamu tidak turut serta ponteng bersamanya.
4 Kamu beritahu rakan bahawa melarikan diri dari masalah tidak dapat menyelesaikan apa-apa
5 Kamu beri galakan pada rakan supaya beritahu masalah mereka kepada orang yang mereka percaya seperti ibu bapa, keluarga, atau Guru kaunseling di sekolah.
6 Kamu tunjukkan padanya bahawa kamu sayang dan prihatin padanya
Sekolah juga memperuntukkan undang-undang dan peraturan bahawa jika anak tidak dapat hadir ke sekolah, mereka bertanggungjawab memaklumkannya kepada pihak sekolah. Jika sekiranya anak tadi tidak berada di kawasan sekolah seperti yang sepatutnya, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa. Ini bukanlah perbuatan "busy body". Ini merupakan tanggungjawab pihak sekolah untuk memaklumkan ketidakhadiran pelajar ke sekolah kepada ibu bapa penjaga dan memastikan anak tadi dalam keadaan sihat dan selamat. Ia juga merupakan tanggungjawab bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran di sekolah dan punya peluang untuk cemerlang dan berjaya pada masa hadapan.
School, school can be so boring. Some days I am almost snoring. So one day I decided to wag I emptied my schoolbooks out of my bag. I went to the shops, hanging cool. And then I saw the Principal. I tried to hide but he saw me And called my name before I could flee. My parents were mad as mad can be. So don't wag school, don't you see? By Jesse |
One day I wagged school I got away with it, it was cool But when I got home I found my parents knew So I got punishment, through and through And when I went back to school the next day My teachers gave me all work, no play So I'm never going to wag school again, NO WAY! By Scott |
School is like your very best friend. It helps you learn from beginning to end. It was school that taught you to read and write. You don't have to love it, but school's all right. By Jessica |